Istiadat_Pewaris_Penjurit-Kepetangan_Melayu_(IPPM)
Istiadat_Pewaris_Penjurit-Kepetangan_Melayu_(IPPM)

Istiadat_Pewaris_Penjurit-Kepetangan_Melayu_(IPPM)

"Bukan balang-balang hulubalang, hulubalang terbilang jitu. Bukan barang-barang penjurit, penjurit kepetangan jua yang tahu.. Bahawa kepetangan itu adalah penamat ilmu kau dan aku."[1]Istiadat Pewaris Penjurit-Kepetangan Melayu (Tulisan Jawi: استيعادة ڤواريث ڤنجوريت کڤتاڠن ملايو) dahulunya dikenali dengan nama Ilmu Persilatan Penjurit-Kepetangan Melayu atau ringkasannya IPPM. Ilmu persilatan ini adalah salah satu cabang Ilmu Isyarat-Firasat Hulubalang Melayu yang telah diturunkan turun temurun dari warisan bersanad, bersilsilah dan bersusur-galur sehingga ke Raja Pangeran Adityawarman yang menjadi raja dengan memakai gelaran Seri Maharaja Diraja Kerajaan Malayapura (atau Melayupura) yang kemudiannya mencetus kewujudan Kerajaan Minangkabau di Pagaruyung. Kisah ini telah diriwayatkan di dalam naskah-naskah hikayat dan sejarah Melayu seperti naskah kitab Sulalatus Salatin melalui kisah Wan Malini dan Wan Empuk yang mendapat tiga orang anak angkat apabila padinya berbunga emas.[2] Tiga orang anak inilah yang menjadi pelopor kepada 3 dinasti besar di alam Nusantara iaitu Kerajaan Majapahit, Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan juga Kerajaan Pagaruyung sekitar kurun ke-12.Ilmu persilatan ini telah dibawa turun-temurun sehingga ke era pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka oleh Hulubalang Melayu berlima yang terbilang di dalam lipatan sejarah iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu melalui Pendita Aria Putra (atau disebut: Adi Putra) di Gunung Ledang dan juga Pendita Ajar-Ajar Sang Persata Nala di Gunung Wirana Pura.[1] Ilmu ini kemudiannya diturunkan pula ke negeri Negeri Perak Darul Ridzuan oleh Orangkaya Bendahara Paduka Raja Megat Terawis Ibni Daulat Pagaruyung[3] ketika mengiringi Sultan Mudzaffar Shah Ibni Sultan Mahmud Shah Melaka untuk ditabalkan menjadi Sultan Perak Darul Ridzuan yang pertama. Setelah itu maka diperturunkan kepada waris bersanad keturunan beliau dan sehingga kini dipertanggung-jawabkan hanya kepada Ajar-ajar Tua Pendita Megat Ainuddin al-Asyuro Ibni Allahyarham Dato' Megat Mohd Nordin.[4][5]

Istiadat_Pewaris_Penjurit-Kepetangan_Melayu_(IPPM)

Organisasi induk Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA)
Persatuan Guru-Guru Seni Beladiri Malaysia (MAGMA)Martial Arts Council (Marcil)
Ibu pejabat Kuala Lumpur, Malaysia
Laman sesawang Salam Penjuritan
IPPM 313
Kependekan Penjurit Kepetangan / IPPM
Ajar-Ajar Tua Guru Utama Dato' Hulubalang Panglima Besar, Pendita Megat Ainuddin al-Asyuro
Jenis Ilmu isyarat-firasat persilatan hulubalang Melayu

Rujukan

WikiPedia: Istiadat_Pewaris_Penjurit-Kepetangan_Melayu_(IPPM) http://artsonline.monash.edu.au/mai/files/2012/07/... http://www.lights.ca/publisher/db/7/3757.html http://www.amazon.com/Armando-Cortes%C3%A3o/e/B001... http://www.amazon.com/Atsushi-Kobata/e/B001I7KL1M http://www.amazon.com/The-Precious-Gift-Historical... http://www.amazon.com/s?ie=UTF8&field-author=Mitsu... http://www.asianeds.com/ http://alamketuananmelayu.blogspot.com/ http://3.bp.blogspot.com/-JJn44PSs3r4/UNA1WOaAsbI/... http://4.bp.blogspot.com/-QLhSjJNKo28/UNAvRmvi1nI/...