JUSCO
JUSCO

JUSCO

JUSCO (bahasa Jepun: ジャスコ) merupakan singkatan bagi Japan United Stores Company, serangkaian "Gedung Barangan Am" (atau pasar hiper) dan yang terbesar di kalangan jenisnya di Jepun. Pelbagai syarikat JUSCO adalah anak syarikat ÆON Co., Ltd..Nama JUSCO diambil pada tahun 1970 oleh sebuah syarikat yang asalnya didirikan sebagai pedagang sutera kimono pada tahun 1758. Setelah dinamakan semula sebagai ÆON pada tahun 1989, rangakaian ini mengendali gedung-gedung di seluruh Jepun di bawah nama JUSCO dan negara-negara lain, termasuk di Malaysia, Hong Kong, tanah besar China, Taiwan dan Thailand[1].