Keluaran J_Revolusi

Sambutan

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar memuji J Revolusi kerana hasil garapannya yang menarik perhatian penonton ke pawagam. Beliau turut memuji pengarahnya, Zulkarnain yang menyuntik elemen termasuk drama dan romantik yang menjadi daya penarik jalan cerita secara keseuruhan.[11]

Selain penonton Melayu, filem ini juga turut mencuri tumpuan di kalangan penonton bukan Melayu. Pengurus Besar, Kandungan Inovasi dan Digital Primeworks Distribution, Marini Ramlan berkata, selepas empat minggu ditayangkan, ramai penonton terutama dalam kalangan masyarakat Cina turut menonton filem berkenaan.[12]

Kutipan

J Revolusi ditayangkan pada 2 Mac 2017 di semua pawagam seluruh negara, berjaya meraih kutipan RM1.4 juta dalam tempoh tiga hari tayangan.[13][14] Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar, maklum balas penonton di media sosial sangat memberangsangkan malah ramai memuji kehebatan persembahan barisan pelakon filem ini.[15] Beliau berkata:[15][16]

"Ramai penonton berpuas hati dengan jalan cerita filem ini. Malah, mereka turut meluahkan rasa bangga kerana produksi tempatan sudah mampu menghasilkan filem bertaraf antarabangsa,"[15]

Sehingga 5 Mac 2017, filem ini telah mencatatkan rekod kutipan terbaharu apabila meraih RM2 juta dalam masa empat hari sejak ditayangkan.[17]

Ulasan

Rafzan Tomomi memberi 4.5 dari lima bintang, mengulas bahawa pemilihan Zul Ariffin sebagai teraju utama filem ini amat tepat, dan memuji filem ini kerana mempunyai jalan cerita yang menarik, di samping mempunyai 'pusingan plot' di pertengahan ceritanya.[18] Aqmar Mustaza dari Sinar Harian menulis bahawa J Revolusi menyuntik adrenalin penonton serta teruja untuk mengetahui perkara yang akan berlaku seterusnya, beliau turut memuji Azad Jasmin yang memegang watak Skodeng dalam filem ini kerana tampil dengan komedi dan lawak yang bersahaja.[19]

Rujukan

WikiPedia: J_Revolusi http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/filem-j-revo... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/jaguh-mma... http://www.imdb.com/title/tt6505826/ http://www.malaysiakini.com/hiburan/346103 http://www.rafzantomomi.com/2017/02/j-revolusi-rev... http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/17... http://says.com/my/tech/j-revolusi-shooting-game http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita... http://www.astrogempak.com.my/artikel/3926/azad-ja... http://www.bharian.com.my/node/145677