Penerbitan J_Revolusi

J Revolusi merupakan arahan sulung Zulkarnain Azhar dan juga terbitan sulung Primeworks Studios dan Infinitus Entertainment, syarikat milik Datuk Sri Robin Tan bersama pelakon terkenal Hong Kong, Andy Lau yang bertindak sebagai penasihat dan turut membimbing produksi dalam mendapat garapan cerita terbaik yang boleh menambat hati penonton. Filem yang menelan kos belanjawan sebanyak RM 3 juta ini menjalani penggambaran awal tahun lalu dan mengambil masa 60 hari untuk disiapkan, melibatkan kawasan di kapal korek di Tanjung Tualang, Perak.[9] Selain itu, filem ini turut menjalani penggambaran di sekitar KLCC dan beberapa lokasi lain di Kuala Lumpur.[9] Pembikinannya turut mendapat kerjasama Unit Tindakan Khas (UTK) dengan penampilan istimewa bintang One FC Mixed Martial Arts (MMA), Peter Davis dan Saiful Merican. Pengarah filem ini, Zukarnain Azhar berkata, beliau bersyukur apabila filem ini berjaya disiapkan dalam tempoh ditetapkan,[9] beliau dilaporkan mahu J Revolusi berkembang menjadi sebuah francais filem pada masa akan datang.[9]

Penerbit filem ini, Gayatri Su-Lin Pillai menjelaskan huruf J dalam filem itu membawa maksud Jefri Zain iaitu berdasarkan watak yang dilakonkan Allahyarham Jins Shamsuddin dalam filem Jurang Bahaya.[10] Beliau berkata dalam temuramah dengan Projek MMO:[10]

"Tetapi bila kami mahu buat cerita perisik, macam tidak sesuai pula buat masa ini. Jadi kami gunakan jalan cerita pasukan Unit Tindakan Khas (UTK),"[10]

Rujukan

WikiPedia: J_Revolusi http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/filem-j-revo... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/jaguh-mma... http://www.imdb.com/title/tt6505826/ http://www.malaysiakini.com/hiburan/346103 http://www.rafzantomomi.com/2017/02/j-revolusi-rev... http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/17... http://says.com/my/tech/j-revolusi-shooting-game http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita... http://www.astrogempak.com.my/artikel/3926/azad-ja... http://www.bharian.com.my/node/145677