Sinopsis J_Revolusi

Mengisahkan tentang Jay Zulkarnain (Zul Ariffin) yang merupakan seorang ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK). Pasukannya begitu digeruni penjenayah kerana kepakaran mereka berdepan dengan musuh. Konflik bermula apabila kakak Jay, Dian (Nur Fazura) yang juga seorang ejen ditangkap oleh pengganas misteri dikenali sebagai Andra (Farid Kamil). Andra merupakan ketua dalam satu kumpulan pengganas yang telah menghasilkan satu virus dinamakan Ultra Virus. Jay ditugaskan dalam memberkas kumpulan Andra bagi mengelakkan penularan virus tersebut. Walau bagaimana pun, Dian telah dijadikan tebusan oleh Andra sebagai pertukaran dengan Ultra Virus yang telah dirampas oleh UTK.

Dalam misi menyelamat kakaknya itu, Jay terperangkap dan dituduh menyebabkan kematian skuad pasukannya. Selepas insiden tersebut, maka tercetuslah pelbagai tuduhan dan insiden mengejutkan yang menghantui Jay. Bersama Eddie (Izara Aishah) dan Jiman (Iedil Putra), Jay berusaha menyelamatkan Dian daripada Andra.

Rujukan

WikiPedia: J_Revolusi http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/filem-j-revo... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/jaguh-mma... http://www.imdb.com/title/tt6505826/ http://www.malaysiakini.com/hiburan/346103 http://www.rafzantomomi.com/2017/02/j-revolusi-rev... http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/17... http://says.com/my/tech/j-revolusi-shooting-game http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita... http://www.astrogempak.com.my/artikel/3926/azad-ja... http://www.bharian.com.my/node/145677