Jabatan_Negara_Amerika_Syarikat
Jabatan_Negara_Amerika_Syarikat

Jabatan_Negara_Amerika_Syarikat

Jabatan Negara Amerika Syarikat (Bahasa Inggeris: United States Department of State) ialah jabatan eksekutif persekutuan Amerika Syarikat yang bertanggungjawab atas hubungan antarabangsa Amerika Syarikat, bersamaan dengan kementerian luar negeri di negara lain. Jabatan ini ditubuhkan pada tahun 1789 dan merupakan jabatan eksekutif pertama yang ditubuhkan.Jabatan ini beribu pejabat di Bangunan Harry S. Truman yang terletak di 2201 C Street, NW, agak dekat dengan Rumah Putih di kawasan kejiranan Foggy Bottom di Washington, D.C. Jabatan ini mengelola misi-misi diplomatik A.S. ke luar negara dan bertanggungjawab atas dasar luar Amerika Syarikat dan usaha-usaha diplomasi A.S. Jabatan ini diketuai oleh Setiausaha Negara yang dicalonkan oleh Presiden dan dipersetuji oleh Senat, sekaligus menanggotai Kabinet. Setiausaha Negara terkini ialah John Kerry.

Jabatan_Negara_Amerika_Syarikat

Eksekutif agensi
Ibu pejabat Harry S. Truman Building
2201 C Street,NW
Washington, D.C.
38°53′39″N 77°2′54″W / 38.89417°N 77.04833°W / 38.89417; -77.04833
Dibentuk 27 Julai 1789
Tapak web state.gov
Belanjawan tahunan $27.4 bilion (FY 2010)
Kakitangan 11,500 Foreign Service employees
7,400 Civil Service employees
31,000 Foreign Service National employees[1]