James_Mattis
James_Mattis

James_Mattis

James Norman Mattis (lahir 8 September 1950) ialah Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat ke-26 yang terkini dan bekas jeneral Kor Marin Amerika Syarikat yang berkhidmat sebagai Komander Komando Pusat Amerika Syarikat ke-11 ketika di bawah tempoh pemerintahan Presiden Barack Obama.[4]Pada 20 Januari 2017, beliau telah disahkan sebagai Setiausaha Pertahanan melalui pungutan undian sebanyak 98-1 oleh Senat Amerika Syarikat dengan pengecualian[5] kerana beliau dikira tiga tahun keluar dari tugas aktifnya walaupun AS undang-undang federal memerlukan setidaknya tujuh tahun persaraan untuk bekas anggota tentera akan dilantik sebagai Setiausaha Pertahanan. Beliau merupakan anggota pertama dalam Kabinet Presiden Amerika Syarikat ke-45, Donald J. Trump, yang turut disahkan Senat tersebut.Pada 20 Disember 2018, Mattis mengeluarkan surat menyatakan peletakan jawatannya pada 28 Februari 2019 berikutan (menurutnya) kegagalan beliau meyakinkan Trump mengeluarkan saki-baki pasukan tentera Amerika Syarikat dari Syria.[6][7]

James_Mattis