Jamuan_Teh_Boston
Jamuan_Teh_Boston

Jamuan_Teh_Boston

Jamuan Teh Boston (Bahasa Inggeris: Boston Tea Party) merupakan satu tindakan langsung yang dilakukan oleh sekumpulan peneroka di Boston, koloni Massachusetts British sebagai suatu penentangan terhadap pemerintahan Raja George III dan monopoli Syarikat Hindia Timur yang mengawal kesemua bekalan teh ke Amerika; terutamanya Akta Teh (Tea Act) termaktub pada 10 Mei 1773 yang membenarkan penjualan barangan teh dari Dinasti Qing tanpa pelaksanaan percukaian di sana yang dianggap menindas para penduduk koloni sana. Pada 16 Disember tahun sama,[2] selepas para pegawai di Boston enggan mengembalikan tiga muatan kapal teh bercukai ke Britain, sekumpulan peneroka menaiki kapal dan memusnahkan teh dengan membuangnya ke dalam Pelabuhan Boston. Kejadian ini menjadi antara peristiwa bersejarah paling penting dalam sejarah Amerika Syarikat.Kejadian ini membangkitkan kemarahan pihak kerajaan pusat di Britain di mana Parlimen sana menggubal akta balas diberi nama "Akta Pemaksaan" (Intolerable Acts dan Coercive Acts) yang menamatkan pemerintahan tempatan di kawasan tersebut serta memaksa penutupan pelabuhan Boston. Para penduduk serata Tiga Belas Jajahan ini kekal membantah melalui penubuhan Kongres Benua Pertama yang menggesa kerajaan British menarik balik akta tersebut. Kegawatan politik yang berlaku daripada pengusulan ini mencetuskan Perang Revolusi Amerika pada tahun 1775.