Kematian Jean_Henry_Dunant

Pada 1903 Heney Dunant diberi ijazah doktor kehormat dari Universiti Heidelberg, Jerman. Dia terlantar di hospital sehingga dia meninggal dunia pada 30 Oktober 1910 jam 10 malam. Pada akhir hayatnya dia mengalami tekanan perasaan akibat kemelesetan, bangkrap, dikejar pemungut hutang dan kritikan daripada Moynier. Dia pernah meminta jururawat memeriksa makanan sama ada telah diracun atau tidak. Walaupun masih Kristian, dia beralih kepada Calvinisme dan merancang agama umum.

Ironinya, Henry Dunant dan Gustave Moynier tidak pernah berdamai.

Dia dikebumikan tanpa sebarang upacara di perkuburan Sihlfeld, Zurich, Switzerland. Dalam wasiatnya, dia mahu mendermakan wangnya kepada rumah kebajikan Heiden, pertubuhan kebajikan di Norway dan Switzerland. Dia juga mahu wang dibayar kepada pemiutang-pemiutang.

Hari lahirnya 8 Mei diisytihar sebagai Hari Bulan Sabit Merah / Palang Merah Antarabangsa. Rumah kebajikan Heiden dijadikan Muzium Henry Dunant. Banyak bangunan, sekolah, jalan di Geneva dana pelbagai tempat di serata dunia dinamakan sempena nama Henry Dunant. Pingat Henry Dunant dikurniakan oleh IRCR kepada sesiapa yang berjasa dalam kerja-kerja kemanusiaan.

Filem 'Henry Dunant: Du Rouge Sur La Croix' telah diterbitkan bagi mengenang jasa-jasa beliau.