Algeria Jean_Henry_Dunant

Pada 1853 Henry Dunant melawat negara Algeria, Tunisia, dan Sicily di Afrika Utara dan terbitlah buku "An Account of the Regency in Tunis" pada 1858.

Pada 1856 dia menubuhkan syarikat di Algeria setelah mendapat tanah ladang percuma daripada penjajah Perancis. Ladang jagung dan syarikatnya dinamakan "Financial and Industrial Company of Mons-Djémila Mills". Tapi dia tidak mendapat kerjasama dari segi hak tanah dan air berikutan peperangan yang sedang berlangsung.

Bagi menyelesaiakan masalah itu, Henry Dunant ingin menemui Maharaja Napoleon III di Perancis. Sedangkan Perancis terlibat dengan peperangan di Lombardy. Perancis menyokong Piedmont-Sardinia menentang Austria (Itali kini). Pejabat induk Napoleon III terletak di Solferino, Switzerland.