Jeffrey_Little

Jeffrey Ahmad Maikel atau dikenali sebagai Jeffrey Little (lahir 16 Oktober 1980) merupakan seorang pemuzik, penerbit rakaman dan ahli perniagaan Malaysia kacukan Melayu dan Inggeris. Beliau merupakan salah seorang pengasas dan ahli kumpulan Prana yang mana beliau merupakan pemain meja pusingnya, bersama adiknya, Jeremy yang merupakan pemain dram. Bersama kumpulan ini, beliau merakamkan tiga album - Have A Nice Jay Walk (2001), Greenhouse Effect (2003) dan Disc 03 (2005).Dilahirkan di England kepada bapa berketurunan Inggeris dan ibu berbangsa Melayu, Jeffrey bersama adiknya, Jeremy Little menubuhkan syarikat rakaman Laguna Music pada 2002 yang menaungi Seven Collar T-Shirt, Estrella, Pure Vibracion dan Guba Rawantas. Dua beradik ini juga mengendalikan studio rakaman mereka, Greenhouse Studio di Ampang, Selangor di mana Jeffrey mengendalikan penerbitan studio, manakala adiknya mengendalikan pemasaran dan pengedaran.[1]

Jeffrey_Little

Pekerjaan Pemuzik, usahawan, penerbit rakaman
Ibu bapa
  • Rosnah Mohamad (ibu)
  • Mick Little (bapa)
Tahun aktif 1999–kini
Nama lain Jeff
Terkenal kerana pengasas bersama Laguna Music
Warganegara Malaysia-England
Saudara Jeremy Little (adik)
Kelahiran Jeffrey bin Ahmad Maikel
(1980-10-16) 16 Oktober 1980 (umur 39)
London, England
Kediaman Ampang, Selangor, Malaysia