Laguna_Music

Laguna Music (dahulu dikenali sebagai Laguna Records) ialah syarikat rakaman Malaysia yang diasaskan pada 2002 oleh adik-beradik Jeffrey dan Jeremy Little yang juga ahli kumpulan Prana.[1] Ia juga memiliki studio rakaman yang diberi nama Greenhouse Studio. Antara artis terkenal Laguna ialah Prana, Seven Collar T-Shirt, Estrella, Pure Vibracion, dan Guba Rawantas.[2] Selain menerbitkan album artis naungannya, Laguna turut aktif mengedarkan album penyanyi lain.Syarikat rakaman ini juga pernah bekerjasama dengan rangkaian kedai serbaneka, 7-Eleven di mana album terbitan Laguna dijual di kedai 7-Eleven seluruh negara.[3] Ia merupakan ahli Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang mewakili pengedaran dan penerbitan rakaman muzik di Malaysia.[4]