Sejarah Laguna_Music

Laguna Records diasaskan pada 2002 oleh Jeffrey Little dan adiknya, Jeremy selepas kumpulan Prana mengalami perselisihan dengan label mereka, New Southern Records (NSR).[2] Keluaran sulung Laguna, iaitu album kedua Prana, Greenhouse Effect dikeluarkan pada 2003 dengan lagu termasuk "Bird Song" dan "If Life Was So Sweet" dikeluarkan sebagai single.

Pada tahun yang sama, Laguna mengambil Seven Collar T-Shirt sebagai artis naungan mereka. Keluaran kedua label ini, Drones yang juga album kedua Seven Collar T-Shirt dikeluarkan pada penghujung 2004.[2] Laguna Records terus berkembang dengan keluaran ketiga label ini, album ketiga Prana, Disc 03 pada 2005.[5] Ia merupakan album pertama Prana tanpa vokalisnya, Eric Ruffin dan pemain bes, Pablo Torrejon.

Apabila Prana mengambil keputusan untuk berehat dari aktiviti muzik mereka, Jeffrey dan Jeremy Little mula mengembangkan operasi Laguna Records, dengan Jeffrey mengendalikan penerbitan studio melalui Greenhouse Studio dan Jeremy mengendalikan perjanjian pengedaran dan pengurusan. Menjelang Mac 2007, Laguna Records dinaik taraf menjadi sebuah syarikat Sendirian Berhad dan bertukar nama kepada Laguna Music.[1]