Kemudahan Jelebu

Perhentian Bas Kuala Klawang

Perhentian Bas Kuala Klawang telah dinaiktaraf pada tahun 2005 dengan membawa konsep minang yang mana konsep ini jelas terlihat pada rekabentuk bumbungnya. Kemudahan ini dibina bagi memudahkan semua penduduk di daerah Jelebu menunggu bas dengan selesa dan selamat. Ia mempunyai kemudahan seperti tandas awam dan surau, perhentian ini memberi sepenuh keselesaan kepada penduduk sementara menunggu masa ketibaan bas.

Taman Awam Kuala Klawang

Berdekatan dengan taman permainan kanak-kanak serta perpusatakaan awam kawasan ini adalah satu kawasan yang amat popular di Jelebu. Dengan kehijauan dan ketenangan kawasan ini, pengunjung bukan sahaja dapat melihat keindahan malah dapat menenangkan fikiran selepas seharian melakukan tugas.

Stadium Majlis Daerah Jelebu

Stadium Majlis Daerah Jelebu

Stadium ini berkonsepkan kesinambungan warisan yang mengekalkan ciri-ciri Minangkabau sebagai imej utama, ia bukan sahaja bakal memberi keselesaan kepada orang ramai malah memberi kebanggaan kepada warga Jelebu di atas pembinaannya.

Pentas Budaya

Pentas Budaya ini berdekatan dengan Muzium Adat. Pentas Budaya digunakan bagi tujuan pembelajaran tarian atau pertunjukan seni budaya. Ia bercirikan Minangkabau, Pentas Budaya ini melambangkan bahawa warisan yang sentiasa terpelihara walaupun arus kemodenan sentiasa berubah.[2]