Manga Jigoku_Shōjo

Kulit hadapan jilid pertama manga Jigoku Shōjo.

Siri anime Jigoku Shōjo telah diadaptasikan menjadi sebuah siri manga, yang telah menampilkan seni oleh Miyuki Etō (永遠 幸, Etō Miyuki). Siri manganya disirikan dalam manga shōjo Kodansha iaitu Nakayoshi sejak Oktober 2005. Meskipun ceritanya bersumber asal, bab 4 dan bab 10 didaptasikan daripada episod-episod dalam musim pertama, manakala bab 2 merupakan adaptasi daripada siri anime episod 9.

Di atas perbezaan media, modus operandi Enma Ai di dalam manga adalah agak berbeza berbanding siri anime. Di dalam manga, Enma Ai menjadi pelajar di dalam sekolah yang sama dengan pelanggan-pelanggannya yang merupakan murid sekolah. Selain itu, patung straw yang digunakan di dalam siri anime tidak digunakan di dalam beberapa bab pertama. Para pelanggan Enma Ai hanya perlu menerima kontrak yang dinyatakannya, dan hukuman yang setimpal akan berlangsung ke atas mangsa yang dipilih pelanggan tersebut. Dalam sesetengah kes, hukuman dijalankan selepas Enma Ai membunyikan gelangnya di hadapan mangsanya (yang tidak pernah dilihat di dalam siri anime). Penggunaan sampan yang digunakan Enma Ai juga kurang dipamerkan di dalam manganya.

Sentaro Shibata diperkenalkan dalam siri manga, namun Tsugumi dan Hajime tidak. Kikuri bagaimanapun, diperkenalkan daripada jilid 4 dan seterusnya.

Rujukan

WikiPedia: Jigoku_Shōjo http://animax-asia.com/program/synopsis.php?i=287 http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/anime... http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/anime... http://www.animenewsnetwork.com/news/2007-04-08/sa... http://www.compileheart.com/jigoku_m%7C http://www.jigokushoujo.com/ http://www.jigokushoujo.com/news.html http://www.animax.co.jp/lineup/nextmonth.html http://www.animax.co.jp/program/program.php3?naiyo... http://www.animax.co.jp/program/program.php3?naiyo...