Watak-watak Jigoku_Shōjo

Watak-watak utama

Enma ai
  • Enma Ai (閻魔 あい)
Disuarakan oleh: Mamiko Noto (Bahasa Jepun), Brina Palencia (Bahasa Inggeris)Protagonis utama siri ini. Enma Ai mempunyai rambut hitam bermaya dan mata berwarna merah cili. Dia merupakan roh kepada seorang kanak-kanak dengan sejarah yang tragik, dan tinggal di sebuah dunia yang sentiasa di waktu senja bersama-sama neneknya, dan bertanggungjawab menerima dan membalas dendam pelanggannya dengan mendayung musuh-musuh mereka ke neraka. Dia selalunya memakai seifuku hitam atau seragam sailor (yang selalu dipakai dalam musim sejuk), tetapi akan sentiasa memakai kimono bercorak bunga-bungaan apabila menjalankan peranannya sebagai Gadis Neraka. Ai mula menjalankan tugasnya sebagai Gadis Neraka tersebut menerusi perasaan dendamnya terhadap penduduk-penduduk kampung yang telah mengorbankannya. Tugasnya memenuhi hasrat manusia lain terhadap dendam peribadi mereka dan mendayung manusia ke Neraka merupakan hukuman yang diterimanya, dan telah dipatuhi dan dijalankannya selama lebih 400 tahun. Walaupun tugas ini dipersembahkan dari segi penebusan dosa, dia tidak pernah diberi pengetahuan akan hari kebebasan terhadap hukumannya. Disebabkan peredaran masa yang telah memakan jiwa raganya, Enma Ai dari awalnya telah kehilangan segala perasaan, seakan-akan menjadi kebas, seperti yang dilihat pada raut wajahnya. Wanyūdō menyatakan bahawa dia masih mempunyai perasaan, meskipun tidak sesekali ditontolkannya dengan jelas, dan juga disebabkan oleh arahan Labah-Labah yang telah menutup pintu hatinya. Pengalaman yang dihadapinya bersama-sama keluarga Shibata telah membangkitkan ketidakpuasan hatinya dengan nasib yang menimpanya dan kemudian telah membangkitkan semula emosi-emosi yang lain, jika tidak, sekurang-kurangnya kemampuannya untuk meluahkan mereka. Sebelum bertemu dengan keluarga Shibata, Ai telah mampu untuk memendam memori dendamnya pada masa silam. Ai telah mempamerkan beberapa kuasa apabila emosinya terganggu ataupun jika dia berasa teramat marah terhadap sesuatu. Antaranya termasuklah mengalirkan letusan-letusan tenaga, keupayaan mencipta ilusi-ilusi nyata dan menggerakkan orang lain dan dirinya ke tempat-tempat lain. Gangguan emosi dan memori yang dipendam Ai dibangkitkan lagi dalam musim kedua setelah menyaksikan penyeksaan yang ditanggung oleh Takuma Kurebayashi, yang serupa dengan situasinya di masa lampaunya. Ini telah menyebabkan Ai menentang Raja Neraka, lantas membebaskan dirinya daripada tugasnya dan kehidupannya sebagai manusia biasa dikembalikan - dan diragut sekali lagi sejurus selepas itu, apabila dia cuba menyelamatkan Takuma daripada penyeksanya. Selepas pengorbanan Ai berlalu, tubuhnya diserap menjadi kelopak-kelopak bunga sakura dan dihayutkan ke langit; ini mungkin melambangkan bahawa pengorbanan dirinya berperanan sebagai suatu penebusan yang mencukupi untuk jenayah yang telah dilakukannya supaya dia bersama-sama mereka yang tersayang dibebaskan daripada cengkaman api neraka.


Ichimoku Ren (一目連)Disuarakan oleh: Masaya Matsukaze (Bahasa Jepun), Todd Haberkorn (Bahasa Inggeris)Seorang lelaki muda kacak yang merupakan pembantu kepada Enma Ai. Dia boleh menggunakan sebiji mata yang besar di bawah kawalannya kepada mana-mana sudut, membenarkannya untuk melihat bahagian dalam bangunan menembusi dinding-dinding. Mata yang besar ini juga boleh digunakan sebagai senjata, dengan memancarkan beberapa pancaran cahaya yang kuat. Apabila diperlukan, Ren bertukar menjadi sebuah patung straw biru dengan mencium loket yang dipakainya pada lehernya. Dia kadang-kala dirujuk sebagai "Moku" atau "Ichimoto Ren". Ren didedahkan sebagai seorang tsukumogami, sebuah artifak yang telah memeperoleh perasaan setelah wujud dalam tempoh masa yang lama. Dalam kes Ren, artifaknya ialah sebilah katana, dipaksa melihat apa-apa yang dilakukan ke atasnya. Dia diberikan bentuk-bentuk baru oleh Ai, yang telah mengutipnya setelah dia dijumpai di medan perang. Sejak itu, Ren telah mula membiasakan dirinya dengan bentuk manusianya, mempamerkan kesombongan dirinya dari semasa ke semasa. Ai menuntut bahawa dia telah mengajak Ren menyertainya kerana terdapat sesuatu yang dicari-cari Ren, sesuatu yang wujud dalam kebingungan dan ketidakupayaan dirinya untuk memahami tiap-tiap kelakuan manusia. Selain ini, beberapa komen Ren juga menandakan bahawa dia sedang mencari persahabatan, sesuatu untuk mengisi kekosongan kewujudan dirinya daripada memainkan peranan sebagai hanya sebilah pedang yang digunakan untuk membunuh. Ren juga melihat rakan-rakannya sebagai keluarganya. Dia merupakan teman Ai yang kedua.


Hone Onna (骨女)Disuarakan oleh: Takako Honda (Bahasa Jepun), Jennifer Seman (Bahasa Inggeris)Hone OnnaSeorang wanita cantik berpakaian kimono dengan obi yang diikat di hadapan (menandakan bahawa dia seorang pelacur), Hone Onna merupakan salah satu daripada pembantu Enma Ai. Dia bertukar menjadi patung straw berwarna merah apabila dia diperlukan, dengan melontar obi merahnya di atas lehernya. Onna serta Ren berfungsi sebagai penyelidik kepada pelanggan-pelanggan yang melaksanakan kontrak bersama-sama mereka, dan kadang-kala, mereka turut memantau orang yang hendak dihantar ke neraka. Hone Onna selalunya menyamar sebagai perempuan dalam pakaian biasa untuk melakukan penyelidikannya, dalam hal ini dia seringkali menggunakan nama gelaran "Sone Anna". Dalam beberapa waktu, dia menggunakan pisau lontar sebagai senjata; terbukti bahawa dia cukup handal mengendalikan senjata tersebut. Pisau-pisau lontarannya mempunyai sejenis tenaga mistik disebabkan fungsinya yang mampu membunuh makhluk-makhluk ghaib dengan mudah. Onna mempunyai kemahiran untuk menyelit dalam tempat-tempat yang sempit dan kecil, namun masalah timbul apabila dia hendak keluar daripada tempat-tempat begitu. Onna mempunyai tahap kesombongan yang sederhana; dia tidak menyukainya apabila dia "dialamatkan" sebagai obā-san ('perempuan tua' atau 'mak cik'; sejenis gelaran dalam bahasa Jepun bagi wanita di pertengahan umur atau lebih). Dia boleh mendedahkan tulang-tulang dalam tubuhnya untuk menakutkan mereka yang menjadi sasaran dendam; namanya iaitu Hone Onna sebenarnya bermaksud wanita tulang. Dalam episod 8 musim kedua, dia bergurau sambil mengatakan bahawa dia berumur "200 tahun". Imbasan kembali terhadap zaman silamnya mendedahkan bahawa dia merupakan seorang Geisha dengan nama sebenarnya Tsuyu; dia dikhianati seorang pemuda yang dicintainya, yang telah menjualnya ke rumah Geisha untuk melangsangkan hutang lelaki tersebut. Tsuyu dikhianati sekali lagi, kali ini oleh seorang Geisha bernama Kion dalam percubaan membantu Geisha itu dan seorang lelaki yang telah benar-benar mencintai Tsuyu melarikan diri. Dia dan lelaki tersebut ditikam mati oleh seorang samurai di bawah arahan Kion; samurai itu kemudiannya melontar mayatnya ke dalam sebatang sungai. Roh-roh daripada tulang mayat-mayat yang pernah dilontar ke dalam sungai itu bangkit dan bercantum dengan mayat Tsuyu, mengubahnya menjadi yōkai bernama Hone Onna, yang berjumpa dengan Ai dalam kehidupan seterusnya. Onna merupakan teman Ai yang ketiga.


Wanyūdō (輪入道)Disuarakan oleh: Takayuki Sugo (Bahasa Jepun), R. Bruce Elliott (Bahasa Inggeris)WanyūdōSeorang pembantu kepada Enma Ai yang bertukar menjadi patung straw hitam apabila diperlukan. Dia juga seringkali mengambil bentuk kenderaan Ai dengan roda berapi apabila dia kembali ke dunia biasa untuk mengheret mangsanya; Enma Ai telah menyatakan bahawa sebelum Wanyūdou melakukan tugas ini untuknya, dia seringkali berjalan ke dunia biasa dan berjalan pulang semula ke dunia asingnya. Kenderaan tersebut secara kebetulan mempunyai tanda simbol hitam berapi yang terdapat pada dada mereka yang telah melangsaikan kontrak dengan Gadis Neraka. Pada hampir sepanjand masa yang lain, Wanyūdō muncul sebagai seorang tua dengan mata kuyu, memakai topi nelayan dan pakaian tradisional Jepun. Meskipun kelihatan lemah dan kurang berupaya disebabkan umurnya, Wanyūdō mempunyai kemahiran dalam seni mempertahankan diri, mampu melontar bebola api dan juga mempunyai kekuatan luar biasa. Nama Wanyūdō bermaksud "Roda yang bergerak di jalan raya", merujuk kepada jelmaan bentuk roda berapinya. Dalam episod 12 musim kedua, Wanyūdō didedahkan sebagai jurupandu kepada seorang puteri, yang telah jatuh ke dalam gaung. Kenderaannya terbakar dan setiap seorang dalamnya terbunuh. Maka, dia berubah menjadi yōkai yang sering mengganas di sekitar orang lain dalam bentuk roda berapinya, sehingga dia bertemu dengan Ai dan dia menjemputnya menyertainya sebagai temannya yang pertama. Ai mendedahkan kepada Wanyūdō kebolehannya untuk mengubah bentuknya.Nenek Ai (あいの祖母, Ai no Sobo)Disuarakan oleh: Eriko Matsushima (Bahasa Jepun), Juli Erickson (Bahasa Inggeris)Tidak pernah dilihat dalam siri ini, selain daripada sebuah imej bayang-bayang yang dihindari oleh sebuah skrin kertas. Dia sentiasa memutar benang dalam biliknya, dan kadang-kala bercakap dengan Ai untuk memberinya nasihat. Selalunya dia memberitahu Ai tentang pelanggannya atau memaklumkan Ai jika pelanggannya telah menarik tali pada patung straw yang telah diberikan. Dia hanya bercakap dengan Ai sahaja, kecuali dalam tiga kes berbeza; dia seringkali memarahi Kikuri, dan dia pernah berbincang dengan Hajime sekali sebagai tentang satu pertukaran untuknya melepaskan dirinya daripada dunia asing itu. Seorang manusia yang pernah melihatnya lari dalam ketakutan, menunjukkan bahawa rupanya tidak semestinya manusia. Akhir sekali apabila dia menyampaikan mesej buat para pembantu Ai daripada Ai sendiri.Labah-labah (人面蜘蛛, Jinmen Gumo)Disuarakan oleh: Hidekatsu ShibataSeekor labah-labah bercorak-corak dengan tiga biji mata di bahagian abdomennya yang muncul di dunia Enma Ai. Labah-labah ini mungkin sekali makhluk yang sama dengan ubur-ubur yang seringkali melihat Ai apabila dia mendayung mangsanya ke neraka. Suaranya seperti seorang lelaki dan merupakan ketua kepada Ai, terbukti selepas dia menjatuhkan hukuman ke atasnya akibat pembunuhan terhadap penduduk kampungnya. Labah-labah ini mendakwa memegang roh mereka yang disanjungi Ai di tangannya sebagai "tahanan", terutama sekali ibu bapanya, dan jika Ai tidak akur terhadap tugas yang diberikan kepadanya, roh-roh itu akan meronta dalam kegelapan buat selama-lamanya. labah-labah itu pernah sekali membawa Ai dalam sampannya dan berputus untuk menghantar Ai ke neraka apabila dia mula menyerang keluarga Shibata. Sebaliknya, Ai mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk melepaskan dirinya daripada tahanan si labah-labah. Para pembantu Ai tidak percaya mahupun menyukai labah-labah itu, dan mereka hanya pernah bersua namun tidak pernah bertutur di antara diri masing-masing. Dalam episod terakhir musim kedua, Wanyuudou mengecam si labah-labah sebagai ketua Neraka itu sendiri.Kikuri (きくり)Disuarakan oleh: Kanako SakaiSeorang gadis kecil yang diperkenalkan dalam musim kedua. Sedikit sahaja yang diketahui tentangnya, namun dia telah dibuktikan berupaya untuk merentas dunia senja Enma Ai dan dunia manusia dengan mudah, sehingga menggangu tugas-tugas Enma Ai dan para pembantunya. Ini secara langsung membuktikan bahawa Kikuri bukannya manusia biasa. Untuk menonjolkan kontras sebenar di antara Ai dan Kikuri, gadis kecil ini mempunyai mata berwarna biru-ungu (termasuk juga bahagian sklera) dan personalitinya jauh lebih kebudah-budakkan berbanding personaliti Ai. Dia telah menyatakan minatnya terhadap Ai, namun tingkah-lakunya seringkali menyebabkan penyeksaan dan ketakutan pada tahap yang maksimum. Perbuatannya setakat ini belum lagi dikenalpasti sama ada berasal daripada kejahatan sebenar ataupun tidak. Kadang-kala, Kikuri gemar merosakkan dan menghancurkan benda-benda pada tahap yang kecil, contohnya seperti merosakkan bunga-bunga ataupun apa-apa sahaja yang Ai sayangi. Walaupun kelihatan tidak munasabah, Kikuri telah mempamerkan kehebatannya menggunakan cawatnya, menggunakannya untuk memukul atau menangkap objek. Meskipun secara semula jadinya ganas, dia sebenarnya mengikuti arahan yang diberikan Ai, dan hanya dia seorang sahaja (dalam sebuah episod, kelakuannya ini dibuktikan apabila dia menggangu nenek Ai meskipun dimarahi perempuan tua itu dan dihalang oleh Ai). Dalam episod terakhir musim kedua, Kikuri didedahkan sebagai "pembawa" kepada si Labah-labah, yang mampu merasuk dirinya pada bila-bila masa. Disebabkan ini, perkara-perkara yang dilakukan Kikuri sukar dipastikan asal-usul niatnya, kerana dirinya boleh dikawal oleh Ketua Neraka pada bila-bila masa, dan mustahil ditentukan. Setelah roh mereka yang disanjungi Ai dan dirinya sendiri dilepaskan, Kikuri, yang sedang berada di atas sampan, berkata-kata sambil mencucuk-cucuk buah ceri semerah mata Ai: "Semuanya telah berakhir. Begitulah kata-kata Ai... Syabas." Pada masa ini, identiti Gadis Neraka yang seterusnya sukar dipastikan. Namun, kewujudannya adalah pasti.

Watak-watak sampingan

Berikut merupakan watak-watak berulangan atau disebut beberapa kali dalam siri Jigoku Shōjo.

Hajime Shibata (柴田 一, Shibata Hajime)Disuarakan oleh: Yuji UedaBekas seorang wartawan yang kini berkerja sebagai pemeras ugut selebriti dengan bukti kukuh skandal-skandal mereka. Dia pada mulanya menyiasat Jigoku Tsuushin di atas minat sahaja, tetapi dia mula terbabit apabila mendapati bahawa ia bukan khabar angin sahaja, dan ramai orang yang diheret ke Neraka. Tambahan pula, anak perempuannya, Tsugumi, mempunyai suatu hubungan dengan Enma Ai yang membenarkannya melihat perkara-perkara yang penting kepada apa-apa yang dilihat Ai. Dia disebut secara ringkas dalam musim kedua sebagai penulis kepada biografi Ai.Tsugumi Shibata (柴田 つぐみ, Shibata Tsugumi)Disuarakan oleh: Nana MizukiAnak perempuan Hajime Shibata. Meskipun dia bapanya, dia sentiasa dirujuk anaknya sebagai "Hajime-chan." Dia terserempak dengan Enma Ai pada seketika dan sejak hari itu, dia mula mempunyai hubungan misteri dengan Gadis Neraka itu. Pada mulanya, dia memberitahu ayahnya tentang segala yang dilihatnya, namun apabila masa berlalu, dia mula mempunyai keraguan terhadap kes ini, sama ada ia adalah perkara yang betul ataupun tidak untuk menghentikan tugas Enma Ai. Dia kelihatan serius, tegas dan agak biadap secara fizikalnya namun sebenarnya bersifat sensitif dan keliru. Dia ditunjukkan secara ringkas dalam musim kedua sebagai sumber maklumat kepada seorang penyiasat.Ayumi Shibata (柴田 あゆみ, Shibata Ayumi)Disuarakan oleh: Hitomi NabatameAyumi merupakan isteri Hajime yang telah meninggal dunia. Hajime bekerja keras dan seringkali meninggalkan isterinya bersendirian dengan hasrat untuk menaiktaraf kehidupan mereka. Ayumi yang seringkali berasa sunyi tanpa Hajime, telah mempunyai hubungan sulit bersama seorang ahli politik yang sedang diintip Hajime. Disebabkan kejadian itu, Hajime telah menghalau isterinya keluar daripada rumah mereka dan melarangnya berjumpa dengan Tsugumi. Malangnya, Ayumi yang penuh dengan perasaan sedih, telah terbabit dalam kemalangan jalan raya beberapa ketika selepas pergaduhannya dengan Hajime, lalu meninggal dunia. Tsugumi menyimpan subang milik ibunya sebagai cenderamata. Hajime sangat mencintai Ayumi dan berasa kesal kerana tidak memaafkannya. Dia percaya bahawa dia merupakan punca kematian isterinya, kerana jika dia telah memaafkan Ayumi, isterinya mungkin terselamat. Dalam musim kedua, Ayumi muncul beberapa ketika, membuktikan hubungannya dengan Gadis Neraka masih wujud. Pada waktu yang sama, dia sebenarnya mempunyai hubungan dengan Kikuri (didedahkan dalam episod terakhir musim kedua).Takuma Kurebayashi (紅林 拓真, Kurebayashi Takuma)Disuarakan oleh: Ayumi FujimuraTakuma ialah seorang budak lelaki pendiam yang tinggal di kota Lovely Hills. Dia dituduh dan seringkali terbabit dalam konflik salah faham di antara penduduk di situ yang menuduhnya sebagai "Anak Syaitan" sepertimana yang pernah dialami Enma Ai. Apabila Takuma mula-mula diperkenalkan dalam siri ini, ibunya dibunuh oleh seorang rakan kepada bapanya. Kemudian, bapanya mula menjadi mangsa, dan apabila Takuma hampir-hampir dibunuh oleh lelaki itu, dia dihantar ke Neraka oleh seorang wanita. Pihak polis yang sampai pada waktu itu percaya bahawa Takuma yang telah membunuh mereka. Akhirnya, Takuma diselamatkan oleh Ai, yang telah mengorbankan dirinya dalam proses tersebut. Mahupun, dengan melakukan begitu, roh Ai dan ibu bapanya "dibebaskan".

Rujukan

WikiPedia: Jigoku_Shōjo http://animax-asia.com/program/synopsis.php?i=287 http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/anime... http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/anime... http://www.animenewsnetwork.com/news/2007-04-08/sa... http://www.compileheart.com/jigoku_m%7C http://www.jigokushoujo.com/ http://www.jigokushoujo.com/news.html http://www.animax.co.jp/lineup/nextmonth.html http://www.animax.co.jp/program/program.php3?naiyo... http://www.animax.co.jp/program/program.php3?naiyo...