Jodie_Foster
Jodie_Foster

Jodie_Foster

Alicia Christian "Jodie" Foster (lahir November 19, 1962)[1] ialah seorang pelakon, pengarah dan penerbit Amerika Syarikat. Beliau dianggap sebagai salah seorang pelakon wanita terbaik dari generasinya.[2][3]Foster memulakan kariernya ketika berumur tiga tahun sebagai model kanak-kanak pada tahun 1965 dan dua tahun kemudian muncul dalam sitcom Mayberry R.F.D.. Foster mula terkenal selepas muncul dalam filem Martin Scorsese, Taxi Driver (1976) dimana beliau mendapat pencalonan Anugerah Akademi. Foster mendapat pujian meluas untuk lakonannya dalam The Accused (1988) dimana beliau memenangi beberapa anugerah termasuk Anugerah Akademi dan Golden Globe. Beliau memenangi Anugerah Akademi keduanya dua tahun kemudian selepas membintangi The Silence of the Lambs sebagai Clarice Starling. Foster membuat penampilan pertamanya sebagai pengarah pada tahun yang sama menerusi Little Man Tate (1991) dan menubuhkan syarikat produksinya sendiri, Egg Pictures pada tahun 1992. Produksi pertama syarikat ini adalah Nell (1994) dimana beliau melakonkan watak utama serta mendapat satu lagi pencalonan Anugerah Akademi. Filem-filem beliau yang lain pada tahun 1990an termasuk Sommersby, Maverick (1994), Contact (1997) dan Anna and the King (1999). Foster membintangi empat filem thriller, Panic Room (2002), Flightplan (2005), Inside Man (2006) dan The Brave One (2007). Beliau menumpukan peranan sebagai pengarah pada tahun 2010an, mengarah The Beaver (2011) dan Money Monster (2016) serta untuk episod-episod siri televisyen Netflix, Orange is the New Black dan House of Cards. Beliau juga membintangi Elysium (2013). Sebagai tambahan kepada dua Anugerah Akademi, Foster telah memenangi tiga Anugerah BAFTA, tiga Anugerah Golden Globe, satu Anugerah Screen Actors Guild dan Anugerah Cecil B DeMille.

Jodie_Foster

Pekerjaan
  • Pelakon
  • pengarah
  • penerbit
Pasangan Cydney Bernard (1993–2008)
Anak 2
Tahun aktif 1965–sekarang
Kelahiran Alicia Christian Foster
(1962-11-19) 19 November 1962 (umur 57)
Los Angeles, California, A.S.
Pusat pendidikan Universiti Yale

Rujukan

WikiPedia: Jodie_Foster http://www.ctvnews.ca/entertainment/jodie-foster-s... http://www.advocate.com/print-issue/current-issue/... http://www.allmovie.com/artist/jodie-foster-p90220 http://athenafilmfestival.com/jodie-foster-receive... http://www.bbc.com/news/entertainment-arts-2713627... http://boxofficemojo.com/movies/?id=contact.htm http://boxofficemojo.com/movies/?id=flightplan.htm http://boxofficemojo.com/movies/?id=freakyfriday.h... http://boxofficemojo.com/movies/?id=insideman.htm http://boxofficemojo.com/movies/?id=maverick.htm