Karier Jodie_Foster

1965–1975

Foster bersama Christopher Connelly dalam sebuah gambar publisiti untuk Paper Moon (1974)

Karier Foster bermula dengan penampilan dalam sebuah iklan televisyen pada tahun 1965 ketika beliau berumur tiga tahun.[14] Pada tahun 1968, beliau membuat penampilan kecil dalam sitkom, Mayberry R.F.D..[15] Pada tahun-tahun berikutnya, beliau terus bekerja untuk iklan-iklan dan muncul dalam lebih lima puluh rancangan televisyen.[14] Walaupun kebanyakkan penampilan Foster dalam televisyen adalah sebagai peranan kecil, beliau mempunyai peranan berulang dalam The Courtship of Eddie's Father (1969–1971) dan Bob & Carol & Ted & Alice (1973) serta membintangi Paper Moon (1974).[14] Foster juga muncul dalam filem, kebanyakkannya untuk Disney.[14]

Penampilan filem pertama Foster adalah dalam filem televisyen, Menace on the Mountain (1970) disusuli dengan peranan besar dalam Napoleon and Samantha (1972). Filem-filem awalnya yang lain termasuk Kansas City Bomber (1972), One Little Indian (1973), Tom Sawyer (1973) dan Alice Doesn't Live Here Anymore (1974).[14]

1976–1980

Selepas peranan kecil dalam Alice, Martin Scorsese memilih beliau untuk watak seorang pelacur remaja dalam Taxi Driver (1976).[16] Ditayangkan pada bulan Februari, ia memenangi Palme d'Or di Festival Filem Cannes pada bulan Mei.[17] Taxi Driver mencapai kejayaan kritis dan komersial serta mendapatkan beliau pencalonan Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Sokongan Terbaik. Beliau juga memenangi dua anugerah BAFTA, satu anugerah David di Donatello dan anugerah National Society of Film Critics. Foster juga mempunyai peranan dalam satu lagi filem yang dicalonkan untuk Palme d'Or pada tahun 1976, Bugsy Malone.[18] Filem ketiganya yang ditayangkan pada tahun 1976 merupakan Echoes of a Summer.[19]

Filem keempat Foster pada tahun 1976 adalah filem thriller Kanada-Perancis, The Little Girl Who Lives Down the Lane dimana beliau membintangi bersama Martin Sheen.[20] Beliau memenangi Anugerah Zuhal untuk lakonannya dalam filem ini.[21] Pada November 27, beliau mengacarakan Saturday Night Live. Filem terakhirnya pada tahun ini merupakan Freaky Friday.[22] Ia menerima ulasan positif[23] dan mencapai kejayaan box office.[24] Foster juga mendapat satu pencalonan Golden Globe untuk lakonannnya dalam filem ini.[25]

Foster menetap sembilan bulan di Perancis dimana beliau membintangi fr (Moi, fleur bleue) (1977) dan merekodkan beberapa lagu untuk runut bunyi.[11][26] Filem-filem lain yang ditayangkan pada tahun 1977 merupakan filem komedi Itali, Casotto (1977) dan filem Disney, Candleshoe (1977).[27] Selepas tayangan filem ini, Foster tidak muncul dalam mana-mana filem sehingga tahun 1980. Beliau mendapat pujian positif untuk lakonannya dalam Foxes (1980) dan Carny (1980).[28]

1981–1989

Foster selepas memenangi Anugerah Akademi untuk The Accused (1988)

Sedar bahawa bintang kanak-kanak sering tidak dapat berjaya meneruskan kerjaya mereka ke alam dewasa, Foster menjadi seorang pelajar di Yale pada tahun 1980 dan kerjaya lakonannya mula perlahan untuk lima tahun berikutnya.[29][30] Beliau terus membuat filem semasa cuti musim panas[11] dan semasa tahun-tahun kolej, muncul dalam O'Hara's Wife (1982), Svengali (1983), The Hotel New Hampshire (1984), The Blood of Others (1984) dan Mesmerized (1986).[31] Tiada salah satu daripadanya yang mencapai kejayaan dan Foster bergelut untuk mencari kerja selepas menamatkan pengajian pada tahun 1985.[32] Beliau muncul dalam Siesta (1987) sebagai peranan sokongan.[33] Foster muncul dalam Five Corners (1987) dimana ia mencapai kejayaan kritis dan beliau memenangi Anugerah Independent Spirit.[34][35] Pada tahun 1988, Foster membuat penampilan sulungnya sebagai pengarah dengan episod "Do Not Open This Box" siri antologi seram, Tales from the Darkside,[36] dan pada bulan Ogos muncul dalam Stealing Home (1988) bersama Mark Harmon.

Foster menerima pujian untuk lakonannya sebagai seorang mangsa rogol dalam The Accused, sebuah drama berdasarkan kes jenayah sebenar. Filem ini ditayangkan pada bulan Oktober 1988.[37] Walaupun The Accused menerima ulasan bercampur, lakonan Foster dipuji oleh pengkritik[38] dan beliau memenangi Anugerah Akademi, Golden Globe dan National Board of Review serta mendapat pencalonan Anugerah BAFTA.

1990–1994

Foster di Anugerah Akademi pada tahun 1990

Filem pertama Foster yang ditayangkan selepas kejayaan The Accused merupakan filem thriller, The Silence of the Lambs (1991). Beliau melakonkan watak pelatih FBI, Clarice Starling. Ditayangkan pada bulan Februari 1991, Silence of the Lambs menjadi salah satu filem terbesar pada tahun itu, mengutip hampir $273 juta.[39][40] Filem ini menerima ulasan bercampur tetapi lakonan Foster menerima ulasan positif dan beliau memenangi Anugerah Akademi, Golden Globe dan BAFTA.[41] Kemudiannya pada tahun 1991, Foster juga membintangi filem thriller bajet rendah, Catchfire.[42] Pada bulan Oktober 1991, Foster mengeluarkan filem pertamanya sebagai seorang pengarah, Little Man Tate.[43] Penampilan filem terakhir Foster pada tahun ini adalah dalam Shadows and Fog (1991), diarahkan oleh Woody Allen.[11]

Pada tahun berikutnya, Foster menubuhkan syarikat produksi beliau sendiri, Egg Pictures, sebuah anak syarikat PolyGram Filmed Entertainment.[44] Beliau membintangi bersama Richard Gere dalam Sommersby (1993). Beliau kemudiannya menggantikan Meg Ryan dalam Maverick (1994).[45] Kedua-dua filem ini mencapai kejayaan box office, mengutip $140 dan $183 juta.[46][47] Projek pertama Foster untuk Egg Pictures, Nell ditayangkan pada bulan Disember 1994. Selain bertindak sebagai penerbit, beliau juga melakonkan watak utama.[48] Walaupun menerima ulasan negatif, Foster menerima Anugerah Screen Actors Guild dan dicalonkan untuk Anugerah Akademi dan Golden Globe.

1995–1999

Filem kedua yang diarahkan oleh Foster merupakan Home for the Holidays (1995), dibintangi Holly Hunter dan Robert Downey Jr..[4][49] Pada tahun berikutnya, Foster menerima dua anugerah kehormat: Anugerah Kristal[50] dan Berlinale Camera di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-46.[51] Selepas Nell pada tahun 1994, Foster tidak berlakon dalam mana-mana projek sehingga tahun 1997 selain daripada menyuarakan karakter dalam episod-episod Frasier pada tahun 1996 dan The X-Files pada awal tahun 1997. Foster akhirnya kembali dalam Contact (1997), sebuah filem sains fiksyen berdasarkan novel oleh Carl Sagan. Filem ini mencapai kejayaan komersial[52] dan Foster memenangi Anugerah Zuhal serta mendapat pencalonan Golden Globe. Sebuah asteroid, 17744 Jodiefoster dinamakan sempena beliau pada tahun 1998.[53]

Projek Foster seterusnya adalah menerbitkan filem televisyen, The Baby Dance (1998) untuk Showtime.[54][55] Pada tahun 1998, beliau juga memindahkan syarikat produksinya dari PolyGram ke Paramount Pictures. Filem terakhir Foster pada tahun 1990an merupakan Anna and the King (1999) dimana beliau membintangi bersama Chow Yun-Fat. Foster dibayar $15 juta untuk melakonkan watak Leonowens.[15]

2000–2009

Projek pertama Foster pada dekad baru adalah Waking the Dead (2000) yang diterbitkan olehnya.[56] Beliau menolak untuk menyambung wataknya sebagai Clarice Starling dalam Hannibal (2001) dan menumpukan terhadap projek arahan baru, Flora Plum.[57] Filem ini dibintangi Claire Danes dan Russell Crowe tetapi terpaksa dihentikan selepas Crowe mengalami kecederaan di set dan tidak mampu untuk menyelesaikan penggambaran dalam masa yang ditetapkan; Foster gagal untuk menghidupkan semula projek ini beberapa kali dalam tahun-tahun berikutnya.[4][58][59] Foster menutup Egg Pictures pada tahun 2001.[4] Produksi terakhir syarikat ini, The Dangerous Lives of Altar Boys, ditayangkan di Festival Filem Sundance pada bulan Januari 2002. Ia menerima ulasan baik[60] dan ditayangkan secara terhad di teater pada musim panas.[61]

Ketika pembukaan Jerman untuk The Brave One pada tahun 2007

Selepas pembatalan Flora Plum, Foster mengambil peranan utama dalam filem thriller David Fincher, Panic Room.[62]

Selepas penampilan kecil dalam drama Perancis, A Very Long Engagement (2004), Foster membintangi tiga lagi filem thriller. Yang pertama adalah Flightplan (2005) dimana beliau melakonkan watak seorang wanita dimana anak perempuannya hilang ketika dalam penerbangan. Filem ini mencapai kejayaan box office[63] tetapi menerima ulasan negatif.[64][65] Ia disusuli dengan filem Spike Lee, Inside Man (2006), juga dibintangi Denzel Washington dan Clive Owen.[66][67][68] Filem thriller ketiga adalah The Brave One (2007).[69] Filem ini gagal mencapai kejayaan[70][71][72] tetapi Foster mendapat pencalonan Golden Globe keenamnya. Filem terakhir beliau pada dekad ini adalah Nim's Island (2008), juga dibintangi Gerard Butler dan Abigail Breslin. Pada tahun 2009, beliau menyuarakan watak Maggie dalam sebuah episod The Simpsons bertajuk "Four Great Women and a Manicure".[73]

2010–sekarang

Pada era 2010an, Foster lebih menumpukan terhadap arahan dan mengurangkan peranan lakonan.[74] Pada bulan Februari 2011, beliau mengacarakan Anugerah César ke-36 di Perancis dan pada bulan berikutnya mengeluarkan filem arahan ketiganya, The Beaver (2011).[75] Pada tahun 2011, Foster merupakan sebahagian daripada barisan pelakon bersama John C. Reilly, Kate Winslet dan Christoph Waltz dalam filem komedi, Carnage. Ia ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Venice ke-68 pada bulan September 2011 dan menerima ulasan positif serta mendapatkan Foster pencalonan Anugerah Golden Globe.[76]

Pada bulan Januari 2013, Foster menerima Anugerah kehormat Cecil B. DeMille di Anugerah Golden Globe ke-70.[77] Peranan filem Foster seterusnya adalah sebagai Setiausaha Pertahanan, Delacourt dalam Elysium (2013).[78] Beliau juga kembali mengarah untuk televisyen buat pertama kali sejak era 1980an, mengarahkan episod "Lesbian Request Denied" (2013) dan "Thirsty Bird" (2014) untuk Orange Is the New Black dan episod "Chapter 22" (2014) untuk House of Cards.[79] Beliau mendapat pencalonan Anugerah Primetime Emmy untuk episod "Lesbian Request Denied" dan kedua-dua episod mendapatkan beliau dua pencalonan Anugerah Directors Guild of America.[80][81] Pada tahun 2014, beliau menyuarakan episod "Women in Space" untuk Makers: Women Who Make America. Pada tahun berikutnya, Foster menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Laura Ziskin di Festival Filem Athena[82] dan mengarahkan filem seterusnya, Money Monster yang dibintangi George Clooney dan Julia Roberts.[83]

Rujukan

WikiPedia: Jodie_Foster http://www.ctvnews.ca/entertainment/jodie-foster-s... http://www.advocate.com/print-issue/current-issue/... http://www.allmovie.com/artist/jodie-foster-p90220 http://athenafilmfestival.com/jodie-foster-receive... http://www.bbc.com/news/entertainment-arts-2713627... http://boxofficemojo.com/movies/?id=contact.htm http://boxofficemojo.com/movies/?id=flightplan.htm http://boxofficemojo.com/movies/?id=freakyfriday.h... http://boxofficemojo.com/movies/?id=insideman.htm http://boxofficemojo.com/movies/?id=maverick.htm