Johan_Setia_Diraja
Johan_Setia_Diraja

Johan_Setia_Diraja

Johan Setia Diraja (J.S.D.) (bahasa Inggeris: Companion) merupakan pangkat kedua antara empat pangkat dalam Darjah-darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja (YADSD). YADSD pula merupakan darjah keenam antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia. Anugerah ini dimulakan pada 3 September 1965 dan diwartakan pada 16 September 1965.Pangkat Johan Setia Diraja dianugerahkan kepada mereka yang telah menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang serta kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.Anugerah ini diberikan atas kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, dan tidak terdapat sebarang had untuk bilangan kurniaan ini. Mereka yang berlayak untuk anugerah ini termasuk pegawai-pegawai awam dalam Kumpulan 'A', Angkatan Tentera, Pasukan Polis, serta orang awam. Warganegara asing juga berlayak untuk anugerah kehormat ini.Lencana untuk Johan Setia Diraja yang digantung pada leher dengan reben mempunyai reka bentuk yang sama dengan anugerah Panglima Setia Diraja. Rebennya berwarna kuning dengan jalur hijau pada kedua-dua tepi. Di tengah reben ini, terdapat satu jalur merah, dengan jalur putih yang sempit di tengahnya. Lebar reben ini 1.75 inci.