Johannes_Blaskowitz
Johannes_Blaskowitz

Johannes_Blaskowitz

Johannes Albrecht Blaskowitz (10 Julai 1883 – 5 Februari 1948) adalah seorang Kolonel Jeneral (Generaloberst) Jerman semasa Perang Dunia II dan penerima pingat Knight Cross berserta Daun Oak dan Pedang.Selaku Panglima Tertinggi Timur (Oberbefehlshaber Ost) di Poland Taklukan Jerman pada tahun 1939–1940, beliau telah menulis beberapa memoranda kepada Pemerintahan Tertinggi Jerman (OKW) yang membantah kekejaman SS. Beliau telah dipecat, tetapi kemudian dilantik semula dan tidak lagi mempersoalkan polisi Nazi.[petikan diperlukan] Di dakwa dengan jenayah perang dalam Perbicaraan Pemerintah Tertinggi di Nuremberg, beliau membunuh diri pada 5 Februari 1948.[1] Kedua-dua dakwaan dan bunuh diri telah dianggap sebagai satu kebingungan oleh para cendiakawan sejak itu, kerana beliau kemudian dibebaskan atas semua tuduhan dan telah diberitahu oleh peguam belanya yang beliau dijangka akan dibebaskan. [2][3][4]

Johannes_Blaskowitz

Pangkat Generaloberst
Nama lahir Johannes Albrecht Blaskowitz
Anugerah Knight Cross berserta Daun Oak dan Pedang
Tahun perkhidmatan 1901–45
Kesetiaan  Empayar Jerman (hingga 1918)
 Republik Weimar (hingga 1933)
 Jerman Nazi
Pertempuran Perang Dunia I
Perang Dunia II
Meninggal dunia 5 Februari 1948(1948-02-05) (umur 64)
Nuremberg, Jerman taklukan Bersekutu
Kelahiran (1883-07-10)10 Julai 1883
Paterswalde, Empayar Jerman sekarang Bolshaya Polyana, Kaliningrad Oblast, Rusia
Arahan 8. Armee
9. Armee
1. Armee
Heeresgruppe G
Heeresgruppe H
Perkhidmatan Wehrmacht