Sejarah Johol

Sebelum kedatangan orang-orang Minangkabau di abad ke-17, Johol didiami oleh Orang Asli dari suku Jakun yang diketuai oleh seorang Dato' Batin bernama Johol yang tinggal di kampung Air Keroh ketika itu. Orang-orang Minangkabau dari Sumatera sampai ke Johol melalui Johor dan Melaka. Orang Minangkabau diketuai oleh seorang ketua bergelar Dato' Batin Melengkar Alam yang telah belayar menaiki sebuah jong dari Minangkabau memasuki Sungai Perak dan berpatah balik lalu memasuki Sungai Muar dan telah membuat sebuah penempatan bernama Sekudai. Kemudian beliau meneruskan perjalanannya ke hulu sungai lalu berehat di bawah sebatang pohon yang rendang yang kini dikenali sebagai 'Merbau Seratus'. Setelah berehat sebentar di sana beliau meneruskan perjalanan mudik ke hulu sungai dan telah melabuhkan jong beliau di dalam sebuah lubuk yang kini dinamakan sebagai Lubok Jong di Pasir Besar dan seterusnya membuka sebuah kampung yang kini di namakan kampung Pasir Besar (yang mana merujuk kepada pasirnya lebar seperti berpantai). Beliau telah di jemput oleh Dato' Batin Johol ke kampung Air Keroh untuk di lantik sebagai Ketua Batin. Kedua-dua masyarakat ini hidup rukun dan pada satu ketika bersetuju melantik seorang Penghulu Batin / ketua batin.

Penghulu ini dipilih dari kalangan calon suku Biduanda waris (dalam suku biduanda yang dibawa dari alam minangkabau, tidak terdapat suku biduanda waris, asal suku biduanda waris adalah asal 'Biduanda' (orang yang berketurunan berkepimpinan) sementara 'Waris' pula (anak jati yang asal) dimana dari perut 'Batin' nya atau ketua asal suku kaum di daerah 'alam' berkenaan. Maka dipersetujui oleh Dato' Batin serta Buapak yang Enam. Dato' Jenang akan mengisytiharkan perlantikan Penghlu. Penghulu inilah yang kemudiannya dinamakan Undang Luak Johol bergelar Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan.

Kuasa pemerintahan yang terletak pada Undang Luak Johol membolehkan memerintah meliputi wilayah adat jajahan serta taklukkan iaitu Johol, Gemencheh, Gemas, Jeram Padang dan Palong. Yang Teramat Mulia Dato' merupakan Waris Gemencheh, sementara timbalan beliau Dato' Baginda Tan Mas Luak Johol, Yang Amat Mulia (YAM) Dato' Muhammad bin Haji Abdullah merupakan Waris Johol (luak undang johol tiada timbalan,tugas sebenar tan mas luak johol ada pekerja kepada luak undang sebabgai pengurus lombong emas dikawasan gemas)(pelantikan luak undang johol mempuyai sistem geleiran dari kalangan suku bidunanda yang keenam).

Proses penggantian Undang baru adalah secara automatik daripada Timbalan Undang naik menjadi Undang sekiranya berlaku kemangkatan. Pengisytiharan akan dilakukan mengikut Adat Luak Johol iaitu "Undang Mati, Undang Menanam". Bermaksud apabila seseorang Undang itu meninggal dunia, pengisyitiharan Undang terus dilakukan dan kemudian barulah jenazah Undang tadi dikebumikan. Undang Naik menjadi Undang sekiranya berlaku kemangkatan Pengisytiharan akan dilakukan mengikut Adat Luak Johol iaitu "Undang Mati, Undang Menanam" Bermaksud apabila sesaorang Undang itu meninggal dunia, pengisytiharan Undang baru terus dilakukan dan kemudian barulah jenazah Undang tadi dikebumikan.

Undang Johol yang ke-14 iaitu YTM Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan ' Haji Mohd Jan bin Abdul Ghani telah dilucutkan kuasanya secara adat Johol yang unik. Beliau telah di pecat oleh Buapak Yang Enam atas kesalahan-kesalahan adat di luak Johol. Setelah pemecatan di lakukan seiring dengan kehendak adat iaitu " patah tumbuh hilang berganti " yang mana pemecatannya di lakukan atas kehendak dan lafaz " hilang berganti " maka di persetujui dan muafakatlah seluruh anak buah,lembaga juga buapak dengan melantik Undang Johol ke -15 iaitu KEBAWAH KAUS YANG TERAMAT MULIA DATO' JOHAN PAHLAWAN LELA PERKASA SETIAWAN HAJI MUHAMMAD BIN HAJI ABDULLAH.