Kerjaya Josiah_Hogan

Pada tahun 2010, Josiah berlakon dalam drama biopik Natrah yang dibintangi oleh Juliana Evans. Beliau telah muncul dalam telefilem Disapa Izrail yang mengisahkan tentang seorang pemuda yang ingin menebus kesilapan lalu. Beliau memegang watak seorang pemandu teksi yang bernama Hamdan.

Kerjaya filem Josiah bermula pada 2013 apabila Ellie Suriati menawarkan beliau berlakon dalam filem Penanggal. Ia menjadi filem sulung lakonannya dengan watak lakonannya sebagai Syed Yassin. Pada tahun yang sama, beliau berlakon bersama Remy Ishak dan Tiz Zaqyah dalam drama Cinta Jangan Pergi, memegang watak sebagai Hudd.

Beliau memegang watak sebagai Fredo dalam filem romantik karya Bernard Chauly, Manisnya Cinta Di Cappadoccia (2014) lakonan Shaheizy Sam, Fazura dan Lisa Surihani.

Beliau juga ialah pengacara rancangan dokumentari paranormal Strange Encounters untuk siaran di Go Asean di mana beliau menjelajah ke beberapa negara Asia bagi membongkar kisah-kisah misteri dan aneh.[4]

Josiah muncul dalam filem drama sukan 2018 bertajuk Surf This Love: Gelora Juara yang ditayangkan pada 22 Februari 2018, dibintangi oleh Shukri Yahaya, Mustaqim Bahadon dan Ardell Aryana. Ia menjadi filem pertama lakonan bersama Josiah dan Mustaqim.[5][6] Tidak lama selepas itu, beliau memegang watak sebagai Bakar, salah seorang ahli kumpulan perompak Geng Anarkis dalam filem aksi jenayah, KL Special Force arahan Syafiq Yusof lakonan Rosyam Nor, Syamsul Yusof dan Fattah Amin. Filem ini ditayangkan pada 8 Mac 2018 dan merupakan kejayaan komersial dan kritis.

Josiah merupakan pelakon utama drama Mimpi Sabrina yang bersiaran di TV3, bersama Juliana Evans dan Erwin Dawson, beliau memegang watak sebagai Ridzuan.

Rujukan

WikiPedia: Josiah_Hogan http://www.goasean.com/original-series/strange-enc... http://www.imdb.com/name/nm6204709/ http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2018/03/02/... http://www.utusan.com.my/hiburan/henti-menilai-lua... http://www.utusan.com.my/hiburan/josiah-hogan-mahu... https://www.instagram.com/josiahhogan/ https://www.hmetro.com.my/rap/2017/09/267258/josia... https://www.hmetro.com.my/rap/2018/02/314908/ramai... https://www.hmetro.com.my/rap/2019/09/493904/josia... https://www.hmetro.com.my/utama/2018/11/392078/tol...