José_Altafini
José_Altafini

José_Altafini

José João Altafini (lahir 24 Julai 1938) juga dikenali sebagai "Mazzola" di Brazil (ketika Altafini mula bermain bola sepak, beliau dilihat menyerupai legenda bola sepak Itali, Valentino Mazzola), merupakan bekas pemain bola sepak Brazil-Itali yang beraksi di posisi penyerang.[1] Beliau memulakan kerjayanya di kelab Brazil, Palmeiras. Kemudian, beliau berpindah ke kelab AC Milan di Itali dan beliau mencipta nama di sana. Beliau meraih kejayaan domestik dan antarabangsa bersama kelab tersebut. Beliau turut beraksi untuk kelab Napoli dan Juventus sebelum menamatkan kariernya di Switzerland dengan beraksi untuk kelab Chiasso dan Mendrisiostar. Seorang penyerang berprolifik, Altafini memegang rekod jaringan gol terbanyak dalam satu perlawanan Piala Eropah.[2] Beliau merupakan penjaring gol keempat terbanyak dalam sejarah Serie A (bersama Giuseppe Meazza) dengan menjaringkan 216 gol dan beliau turut memegang rekod pemain termuda menjaringkan 100 gol di Serie A.[3] Di peringkat antarabangsa, beliau mewakili Brazil dan Itali. Beliau sebahagian daripada skuad Brazil yang menjuarai Piala Dunia 1958 sebelum mewakili Itali ke kejohanan Piala Dunia 1962.Diakui merupakan salah satu penyerang terbaik dan lengkap dalam kalangan generasinya dan salah satu pemain terhebat Milan dan Serie A, Altafini merupakan seorang penyerang berbisa, lincah, pantas dan kuat. Beliau kini bekerja sebagai pundit di siaran televisyen Itali, Sky Italia. Beliau juga pengulas di radio Itali, RTL 102.5. Selain itu, beliau merupakan pengulas kedua dalam permainan video Pro Evolution Soccer di Itali.[4] Sebagai seorang pundit, beliau amat popular dengan membikin ungkapan "golaço" (dalam bahasa Itali, "golasso") apabila gol penting dijaringkan[5] serta seruannya yang ikonik iaitu "incredibile, amici!" ("luar biasa, temanku!").[6][7]

Rujukan

WikiPedia: José_Altafini http://www.paixaopalmeirense.com.br/wiki/os_vinte_... http://www.goal.com/it/Articolo.aspx?ContenutoId=8... http://www.quattrotratti.com/2010/04/brasileiros-n... http://www.rsssf.com/tablesi/italcuptops.html http://www.rsssfbrasil.com/sel/brazil195758.htm http://www.uefa.com/uefachampionsleague/news/newsi... http://www.uefa.com/uefachampionsleague/news/newsi... http://tardesdepacaembu.wordpress.com/?s=mazola http://eu-football.info/_player.php?id=384 http://www.enciclopediadelcalcio.it/6768-13.html