Pro_Evolution_Soccer
Pro_Evolution_Soccer

Pro_Evolution_Soccer

Dahulu:
PlayStation, GameCube, Xbox, Game Boy Advance, Nintendo DS, Windows Phone 7, PlayStation 2, WiiPro Evolution Soccer atau dikenali di Jepun sebagai World Soccer: Winning Eleven (ワールドサッカーウイニングイレブン, Wārudo Sakkā Uining Ireben) ialah siri permainan video bola sepak yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Konami. Siri ini dihasilkan di bawah pengawasan Shingo "Seabass" Takatsuka.Setiap tahun, permainan ini dikeluarkan pada akhir bulan September dan/atau awal Oktober dengan dua gelaran yang berbeza: World Soccer: Winning Eleven di Jepun, dan Pro Evolution Soccer di negara lain. Versi Jepun ialah versi tempatan yang termasuk liga bola sepak tempatan. Pada tahun 2007, permainan itu mula menggunakan permainan gelaran "Winning Eleven: Pro Evolution Soccer" untuk pasaran Amerika, yang kemudiannya diubah menjadi "Pro Evolution Soccer" pada tahun 2008.Pemain Portugis, Cristiano Ronaldo telah menjadi model untuk kulit depan DVD dalam setiap permainan yang dikeluarkan serta untuk iklan dan media promosi lain dari 2012 hingga 2014. Beliau kemudian digantikan oleh Mario Götze bagi tahun 2015 yang kemudian pula digantikan oleh Neymar dan Álvaro Morata bagi tahun 2016.Sehingga Disember 2011, Pro Evolution Soccer telah diterjemahkan ke dalam 19 bahasa dan boleh didapati di 62 buah negara. Setakat Disember 2012, siri permainan dijual hingga 81.65 juta salinan di seluruh dunia, menjadikannya salah satu permainan terlaris di dunia