Nintendo_GameCube
Nintendo_GameCube

Nintendo_GameCube

Nintendo GameCube (ニンテンドーゲームキューブ, Nintendō Gēmukyūbu), sering disingkatkan kepada GCN, merupakan konsol permainan video Nintendo yang keempat dan merupakan sebahagian dari era generasi keenam. Perkakasan sistem ini merupakan yang paling padat, dan kedua paling murah selepas Dreamcast Sega, dibandingkan konsol lain dari era tersebut. Ia merupakan pengganti kepada Nintendo 64 dan pendahulu Wii. Konsol ini dilancarkan pada 14 September 2001 di Jepun, 18 November 2001 di Amerika Utara, 3 Mei 2002 di Eropah, dan 17 Mei 2002 di Australia. Sehingga 31 Mac 2008, GameCube telah terjual sebanyak 21.74 juta unit di seluruh dunia.[1]

Nintendo_GameCube

Permainan terlaris Super Smash Bros. Melee, 7.09 juta (sehingga 10 Mac 2008)[2]
Media Nintendo GameCube Game Disc
CPU PowerPC Gekko, 485 MHz
Pengilang Nintendo
Grafik ATI Technologies, 162 MHz
Keserasian kebelakang Game Boy, Game Boy Color, Game Boy Advance (tambahan Game Boy Player diperlukan)
Pengganti Wii
Generasi Era generasi keenam
Muatan storan Nintendo GameCube Memory Card
Ketersediaan runcit
          Bil. dijual Jumlah: 21.74 juta (sehingga 31 Mac 2008)
          Jepun: 4.04 juta
          Amerika: 12.94 juta
          Lain-lain: 4.77 juta[1]
          Ketersambungan Broadband Adapter atau Modem Adapter
          Pendahulu Nintendo 64
          Jenis Konsol permainan video