Jund_Dimasyq

Jund Dimasyq (Bahasa Arab: جند دمشق‎, "wilayah tentera Damsyik") ialah daerah terbesar antara beberapa daerah di dalam wilayah Bilad al-Syam (Syria) pada zaman Kekhalifahan, bermula dengan Kekhalifahan al-Rasyidin pada abad ke-7 M dan merangkumi zaman pemerintahan Kekhalifahan Umaiyah dan Kekhalifahan Abbasiyah. Ibu negeri serta kota wilayah yang terbesar, Dimasyq (Damsyik), mengambil nama sempena nama wilayah. Wilayah ini merangkumi lembangan Ghutah (kawasan sekeliling Damsyik), kawasan timur laut Lembangan Jordan, termasuk Balqa dan Jaulan (Tanah tinggi Golan), kawasan Hauran, Edom, Lembah Biqa' dan Jabal Lubnan. [1]