Daerah Jund_Dimasyq

Dari segi pentadbiran, Jund Dimasyq dibahagikan kepada enam daerah:Ghutah, Hauran, Bathaniyah, Lembah Biqa' Tanah tinggi Jaulan dan Beqaa, Jaulan, and Lembah Huleh. Ghutah terletak pada lembangan yang mengelilingi Damsyik dan dikenali sebagai "Tanah Taman" kerana terdapat banyak ladang dan taman di dalamnya. Sempadan selatan Hauran bersebelahan dengan Balqa' dan Amman dan pusat daerahnya ialah Busrah. Al-Bathaniyah memiliki sempadan selatan yang sama dengan Hauran dan dinamakan sempena nama sebuah kampung kecil yang disebut al-Batanh yang terletak di dalam daerah ini. Dikatakan [[Job Bible|Job]] dilahirkan di sini. Pusat daerahnya ialah Daraa. Biqa' ialah sebuah daerah bergunung-ganang terletak di Pergunungan Anti-Lebanon dan pusat daerahnya Baalbak, sementara perkampungan-perkampungan utama termasuk Zabadani, Kamid, dan Arjamusy. Jaulan yang terletak pada arah barat Damsyik membekalkan kebanyakan keperluan Damsyik. Pusat daerahnya bernama Banias. Hulah merupakan sebuah lembangan rendah yang kaya dengan padi dan kapas, dan terletak di antara Jaulan dan Sur. Mairun merupakan pusat daerah.[1] Balqa' pula merupakan daerah luaran yang kaya dengan gandum sementara Amman pula pusat daerahnya.[1]

Bandar-bandar utama yang lain termasuk Beirut, Saida (Sidon), Sur, Tripoli (Arab: طرابلس ‎ Tarabulus) dan Jubail yang terletak di pesisir pantai. Setiap kota pesisir ini mempunyai daerah masing-masing mahupun daerah-daerah ini kecil. Jund Dimasyq bersempeadan dengan Jund Hims yang terletak di utaranya, Jund al-Urdun di arah barat, dan Jund Filastin di arah selatan.[1]