Kerjaya Jurey_Latiff_Rosli

Sebelum terlibat dalam bidang penerbitan drama dan filem, Dato Jurey pernah bertugas di AIROD, Subang di unit Sheet Metal.

Beliau memulakan kerjaya dalam penerbitan pada 1996 sebagai pengurus produksi di syarikat swasta. Setelah menerima pengalaman, pada tahun 2004, cubaan beliau sebagai pengarah dengan ditunjuk ajar pengarah terkenal seperti Along Kamaludin telah membuahkan kejayaan. Jurey telah dinobatkan sebagai pengarah terbaik Anugerah Seri Angkasa (2005) melalui drama Hari Hari Terakhir Seorang Wanita.

Jurey dan bekas isterinya menubuhkan World Evolution Brain (M) Sdn. Bhd. yang mengkhususkan kepada penerbitan televisyen dan filem, yang mana beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan.

Selain itu, beliau juga memegang jawatan sebagai presiden kepada tiga pertubuhan iaitu Gabungan Industri Kandungan Kreatif (CCIG), Mantan Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) dan Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM).

Pada tahun 2011, beliau mengarahkan filem sulungnya, Libas yang dibintangi oleh Rosyam Nor, Johan Raja Lawak dan Scha Al-Yahya.

Beliau kini bergiat aktif dalam menguruskan rumah produksi Lenggong TV yang beribu pejabat di Perak. Beliau juga mempunyai homestay Teratak Kapten Rosli, Boat House Cruise Tasik Raban, dan Longhouse Campsite di Lenggong,Perak