Penajaan KDE

Projek KDE dan majlis-majlis yang berkaitan lazim ditaja oleh individu, universiti, dan syarikat perniagaan seperti Dell dan IBM.

Pada 15 Oktober 2006, Mark Shuttleworth, pengasas Ubuntu, diumumkan sebagai patron KDE yang pertama, iaitu penaja terbesar. Pada 7 Julai 2007, Intel dan Novell pula diumumkan sebagai patron KDE.