Taksonomi Kacukan

Dari perspektif taksonomi, kacukan ialah anak yang terlahir dari pembiakan antara dua haiwan atau tumbuhan yang berlainan taksonnya[2].

  1. Kacukan antara subspesies berlainan dalam spesies yang sama (seperti harimau Benggala dan harimau Siberia) dikenali sebagai kacukan intraspesies. Kacukan antara spesies berbeza dalam genus yang sama (seperti singa dan harimau) dikenali sebagai kacukan interspesies atau campuran. Kacukan antara genus berlainan (seperti biri-biri dan kambing) pula dipanggil kacukan intergenus. Juga terdapat kacukan interfamili yang jarang sekali berlaku (misalnya kacukan ayam piru).[3], tetapi tiadanya kacukan haiwan interorder (antara order berbeza) yang diketahui setakat ini.
  2. Jenis kacukan kedua terdiri daripada campuran sesama populasi, baka atau kultivar dalam satu spesies yang sama. Pengertian ini sering diguna dalam pembiakbakaan tumbuhan dan haiwan. Kacukan sedemikian sering dihasilkan dan dipilih kerana mengikut ciri-ciri dikehendaki yang tiada atau tidak selalu terdapat dalam individu atau populasi induknya. Pengaliran bahan genetik antara populasi atau kaum sebegini sering dinamakan pengacukan (penghibridan).