Singa
Singa

Singa

P. l. atrox
P. l. europaea
P. l. melanochaita
P. l. sinhaleyus
P. l. spelaea
Felis hai Linnaeus, 1758Singa (Panthera leo) merupakan salah satu ahli genus Panthera, yakni sejenis kucing besar dalam keluarga Felidae (rumpun kucing). Singa tergolong sebagai spesies terjejas di Senarai Merah IUCN sejak tahun 1996 kerana populasi taburan Afrika merosot sebanyak 43% sejak 1990-an. Populasi singa sukar dipelihara di luar kawasan perlindungan. Biarpun punca kemerosotan tidak dipastikan sepenuhnya tetapi kehilangan habitat dan pertembungan dengan manusia paling merisaukan.[1] Populasi singa Afrika Barat digolongkan sebagai spesies terancam genting sejak 2016.[4] Satu-satunya populasi singa liar di Asia terdapat di India sekitar Taman Negara Hutan Gir dan digolongkan sebagai spesies terancam sejak 1986.[5]Singa yang hidup liar jarang ada yang hidup lebih lama daripada 10–14 tahun, lebih-lebih lagi hayatnya dipendekkan lagi oleh kecederaan akibat bergaduh.[6] Singa dalam tawanan mampu hidup menjangkau 20 tahun. Singa lazimnya hidup di kawasan savana dan padang rumput, bahkan juga di belukar dan hutan. Singa jauh lebih gemar bersosial (hidup berkawanan) berbanding dengan spesies kucing lain. Sekawan singa terdiri daripada betina-betina bersaudara dan anak-anak serta segelintir jantan dewasa. Singa betina sering memburu secara berkumpulan, rata-ratanya memangsakan haiwan maun ungulat. Singa bukan sahaja merupakan pemangsa terulung, bahkan juga mahir sebagai pebangkai yang memperoleh 50 peratus bekalan makanan dengan mencari bangkai sebaik peluang yang ada. Diketahui bahawa singa memburu manusia tetapi itu bukan tabii. Singa merupakan haiwan nokturnal yang gemar tidur pada waktu siang dan bergiat pada waktu malam, lebih-lebih lagi waktu senja (krepuskul).[7][8]Singa jantan menonjol sekali rupanya dengan surai yang lebat, bahkan wajah singa jantan adalah simbol hewan yang paling umum dikenali dalam budaya manusia, Wujudnya gambaran singa mulai usia Paleolitik Akhir dengan ukiran dan lukisan dari gua-gua Lascaux dan Chauvet di Perancis sejak 17,000 tahun dahulu, melalui hampir semua budaya zaman kuno dan pertengahan yang pernah mengenali singa. Singa digambarkan secara meluas dalam bentuk arca, lukisan, bendera, mahupun film dan sastra modern. Singa dibela dalam kurungan sejak zaman Empayar Rom, malah dijadikan spesies yang "wajib" dipamerkan di zoo seluruh dunia sejak akhir abad ke-18. Taman-taman haiwan seluruh dunia bekerjasama mengadakan program pembiakan untuk singa Asia yang terancam.

Rujukan

WikiPedia: Singa http://www.adelaide.edu.au/acad/publications/paper... http://archive.gg.ca/heraldry/pub-reg/project-pic.... http://abc.museucienciesjournals.cat/files/ABC_38-... http://www.bartleby.com/61/46/S0424600.html http://www.beringia.com/research/lion.html http://books.google.com/books?id=t2EZCScFXloC&pg=P... http://www.google.com/books?id=JgAMbNSt8ikC&pg=PA5... http://www.indialivetoday.com/gir-forest-asiatic-l... http://timesofindia.indiatimes.com/city/ahmedabad/... http://news.nationalgeographic.com/2016/04/160418-...