Kajal_Aggarwal
Kajal_Aggarwal

Kajal_Aggarwal

Kajal Aggarwal (lahir 19 Jun 1985) adalah seorang pelakon India yang kebanyakannya muncul dalam filem Telugu dan juga dalam filem Tamil. Melalui kerjaya filem yang berjaya , Kajal telah menjadi salah satu selebriti yang paling popular di India Selatan. Selain kerjaya lakonannya, Kajal juga mengambil bahagian dalam pertunjukan pentas dan merupakan duta selebriti terkenal bagi jenama dan produk.Kajal membuat debut sebagai pelakon menerusi filem Bollywood, 'Kyun ...! Ho Gaya Na' pada tahun 2004 dan memasuki industri perfilem Telugu pada tahun 2007 menerusi filem 'Lakshmi Kalyanam'.Beliau mendapat kejayaan komersial pertama menurusi filem Chandamama (2007) dan menjadi terkenal selepas prestasi lakonan beliau dalam filem 'Magadheera' (2009), yang membolehkan beliau dicalonkan dalam Anugerah Filemfare India Selatan bagi Pelakon Wanita terbaik dalam Industri perfileman Telugu. Berikutan kejayaan berturutan dalam filem-filem seperti Darling (2010), Brindavanam (2010), Mr.Perfect (2011), Businessman (2012), Naayak (2013) dan Baadshah (2013) telah memabantu menubuhkan dirinya sebagai salah satu pelakon utama dalam industri perfileman Telugu.Beliau juga telah berlakon dalam filem-filem Tamil. Naan Mahaan Alla (2010) menjadi projek terkemuka pertamanya dalam Industri perfileman Tamil.Namun, Kajal muncul sebagai slaah satu pelakon terkemuka dalam industri Perfileman Tamil melalui filem Maattrraan (2012) dan Thuppakki (2012).Beliau membuat kemunculan semula di Bollywood menurusi filem blockbuster, Singham (2011) dan filem berikutnya Special 26 (2013) juga diisytiharkan sebagai kejayaan pecah panggung.

Kajal_Aggarwal

Pekerjaan Model, Perlakon
Tahun aktif 2004–kini
Pendidikan B.M.M.[3]
Saudara
Kelahiran (1985-06-19) 19 Jun 1985 (umur 34)[1]
Mumbai, Maharashtra, India[2]
Pusat pendidikan K.C. College
Kediaman Mumbai, Maharashtra, India