Kalsium_hidroksida
Kalsium_hidroksida

Kalsium_hidroksida

Kalsium hidroksida (Tulisan Jawi: كلسيوم هيدروكسيدا) adalah sebatian kimia dengan rumus kimia Ca(OH)2. Kalsium hidrokida terdapat dalam bentuk hablur tak berwarna atau serbuk putih. Kalsium hidroksida dihasilkan melalui tindak balas kalsium oksida (CaO) dengan air. Sebatian ini juga dapat dihasilkan dalam bentuk mendapan melalui pencampuran larutan kalsium klorida (CaCl2) dengan larutan natrium hidroksida (NaOH). Dalam bahasa Inggeris, kalsium hidroksida juga dinamakan slaked lime, atau hydrated lime (kapur berair). Nama galian Ca(OH)2 adalah portlandite, kerana sebatian ini dihasilkan melalui pencampuran air dengan simen Portland. Ampaian zarah halus kalsium hidroksida dalam air disebut juga milk of lime (Bahasa Inggeris: milk, "susu", lime, "kapur"). Larutan Ca(OH)2 disebut air kapur dan merupakan bes sederhana. Larutan tersebut bertindak balas hebat dengan pelbagai jenis asid, dan bertindak balas dengan banyak logam dengan kehadiran air. Larutan tersebut menjadi keruh apabila dilalukan karbon dioksida, kerana terdapatnya mendapan kalsium karbonat.Pada 512 °C,[1], kalsium hidroksida terurai menjadi kalsium oksida dan air.