Lagu Kamen_Rider_Double

Lagu pembukaan
  • "W-B-X ~W-Boiled Extreme~"Dibaca sebagai "Dub-B-X ~Double Boiled Extreme~", lagu ini dicipta oleh Fujibayashi dan Naruse, yang telah menyumbangkan kepada penghasilan lagu tema siri Kamen Rider Heisei di tangga teratas "Climax Jump" (#2), "Break the Chain" (#3), dan "Journey through the Decade" (#2) dalam carta Oricon, didendangkan oleh Kamiki dan TAKUYA serta dilancarkan pada 11 November 2009. Paa minggu pertama pelancaran, ia melonjak ke kedudukan #8 dalam carta mingguan Oricon.
Lagu tema penamat
  • "Cyclone Effect"
    • Lirik: Shoko Fujibayashi
    • Komposer: AYANO (dari FULL AHEAD)
    • Penggubah: Labor Day
    • Artis: Labor Day
    • Episod: 3-6, 9, 21, 23, 24, 25
    Lagu tema penamat pertama Kamen Rider Double "Cyclone Effect" mula dilancarkan pada 25 November 2009, sebagai sebuah single. Sementara lagu tersebut bertujuan sebagai lagu tema Kamen Rider Double CycloneJoker, lagu ini turut dimainkan semasa babak pertarungan dalam bentuk yang lain. Vokalisnya adalah Sunaho Takeuchi (竹内 沙帆, Takeuchi Sunaho) dari Utayacco. Versi akustik kedengaran pada episod 21.
  • "Free your Heat"
    • Lirik: Shoko Fujibayashi
    • Komposer & Penggubah: Ryo (dari Ketsumeishi)
    • Artis: Galveston 19
    • Episod: 10, 11, 13, 19, 20, 21
    Lagu tema Kamen Rider Double HeatMetal mula dimainkan oleh stesen radio Wind Wave. Ia kemudian tmenjadi salah satu daripada tiga lagu penamat, dilancarkan sebagai dalam bentuk CD pada 16 Disember 2009. Kumpulan tersebut terdiri daripada ahli-ahli kumpulan everset, iaitu Tsuyoshi Himura (緋村 剛, Himura Tsuyoshi) sebagai vokalis, tatsuo sebagai pemain gitar, serta Tenji Nagano (長野 典二, Nagano Tenji) sebagai pemain bass.
  • "Finger on the Trigger"Lagu tema Kamen Rider Double LunaTrigger ini mula ditampilkan sekejap dalam rancangan radio internet Wind Wave sebelum disiarkan di dalam siri tidak lama kemudian. Lagu ini dilancarkan dalam bentuk CD pada 16 Disember 2009. Vokalisnya ialah U-Sagi dan Yosh dari kumpulan Shamo (軍鶏).
  • "Naturally"Wakana Sonozaki (Rin Asuka) turut memiliki singlenya tersendiri berjudul "Naturally" yang mula ditampilkan dalam rancangan radionya.[20] Ia kemudiannya ditampilkan di dalam siri televisyen dalam satu babak cerita yang menumpukan kepadanya (Shotaro dan Philip yang meminati rancangan radionya menghafal kesemua liriknya serta tarian iringan). "Naturally" dilancarkan dalam bentuk CD pada 27 Januari 2010.[21]
  • "Leave all Behind"
    • Lirik: Shoko Fujibayashi
    • Komposer: Ryo (dari Ketsumeishi)
    • Penggubah: Wilma-Sidr
    • Artis: Wilma-Sidr
    • Episod: 22
    Lagu baru ini mula ditampilkan dalam rancangan FU-TO HIT on GROOVE pada hari kemunculan sulung Kamen Rider Accel di dalam siri.[22] Dalam episod 22, ia mula digunakan buat pertama kali sebagai lagu tema penamat Kamen Rider Accel.
  • "Love♡Wars"
    • Lirik: Shoko Fujibayashi
    • Komposer & Penggubah: Shuhei Naruse
    • Artis: Queen & Elizabeth (Tomomi Itano & Tomomi Kasai)
    • Episod: 23, 24
    Sebagai sebahagian penglibatan mereka dalam pembikinan Kamen Rider Double, Tomomi Itano dan Tomomi Kasai dari AKB48 melancarkan lagu "Love♡Wars" pada 31 Mac 2010, dalam empat CD berbeza, tiga daripadanya mengandungi DVD dengan video muzik, "trading card", serta satu runut bonus khas. CD keempat merupakan keluaran CD sahaja tanpa runut bonus pada tiga CD sebelumnya.[23][24] Lagu tersebut mula ditampilkan semasa rancangan Fuuuuuutic Idol dalam tema episod "L on the Lips" di mana watak Queen & Elizabeth menyertai rancangan tersebut untuk memenangi kontrak pembikinan CD sulung mereka.
  • "Extreme Dream"
    • Lirik: Shoko Fujibayashi
    • Komposer: AYANO (dari kumpulan FULL AHEAD)
    • Penggubah: Labor Day
    • Artis: Labor Day
    • Episod: 46
    Pada 13 Jun 2010, dalam satu episod FU-TO HIT on GROOVE, Labor Day menampilkan lagu terbaru mereka bagi siri ini iaitu "Extreme Dream".[27][28][29] Lagu tersebut hanya ditampilkan dalam siri televisyen 2 bulan kemudian.

Semasa babak dalam episod 8, lagu "Glorious Street" (Glorious street 栄光の道, Glorious street Eikō no Michi) oleh Florida Keys dimainkan oleh seorang watak. Semasa episod 23, Shotaro dan Philip menyanyikan semula lagu "Finger on the Trigger" dalam pertandingan Fuuuuuutic Idol. Semasa episod 23 dan 24, watak Jimmy Nakata mempersembahkan lagu asal bertajuk "Futo Tower" (風都タワー, Fūto Tawā); lagu tersebut disertakan sebagai runut bonus dalam versi DVD standard bagi single "Love♡Wars". Sebagai tambahan kepada lagu-lagu tersebut, DJ Head Wind One-Game Match!! Tsuyoshi & Ayano (つよしとあやの, Tsuyoshi to Ayano) menulis dan mempersembahkan lagu "WIND WAVE" sebagai lagu tema stesen radio fiksyen tersebut. Lagu tersebut, bersama-sama lagu "Glorious Street (Eikō no Michi)", dan "Extreme Dream" akan disertakan dalam satu set kotak CD lengkap.[30]

Kumpulan muzik yang mendendangkan lagu-lagu penamat turut ditampilkan sebagai kumpulan pemuzik tempatan dalam bandar raya fiksyen Futo: "Cyclone Effect" oleh kumpulan rock crossover Labor Day, "Free Your Heat" oleh kumpulan heavy metal/hard rock Galveston 19, dan "Finger on the Trigger" oleh kumpulan hip-hop Florida Keys. Kesemua kumpulan tersebut dinamakan sempena nama-nama taufan besar pada awal abad ke-20: Taufan Hari Pekerja (Labor Day) 1935, Taufan Galveston 1900, serta Taufan Florida Keys 1919. Kumpulan terbaru iaitu kumpulan visual kei Wilma-Sidr, dinamakan sempena Taufan Wilma dan Siklon Sidr.