Promosi Kamen_Rider_Double

Iklan sepanjang bulan Mei, Jun dan Julai 2009 menunjukkan penampilan sulung Kamen Rider Double,[2] yang mula tampil dalam acara Projek Ulang Tahun Ke-10 MASKED RIDER LIVE & SHOW,[3] serta ditampilkan dalam Kamen Rider Decade: All Riders vs. Dai-Shocker.

Hiroshi Tanahashi dari New Japan Pro Wrestling merupakan salah seorang peminat setia Kamen Rider Double, dan pada Jun 2010 dia telah memakai kostum yang direkabentuk berasaskan Kamen Rider Double FangJoker[4] dan memakainya semasa perlawanan di Osaka pada 19 Jun.[5] Rin Asuka turut muncul semasa perlawanan tersebut untuk mempromosikan siri ini.