Kamir
Kamir

Kamir

Kamir, juga dikenali sebagai khamir atau samir[1] (bahasa Jawa: ꦏꦩꦶꦂ, translit. kamir; Pegon: كامير) adalah roti berbentuk bulat yang hampir serupa dengan apem atau pancake, terdiri daripada tepung, mentega, dan campuran telur, kadang-kadang dicampurkan dengan bahan tambalan lain seperti pisang, tapai, strawberi, nanas, nangka, keju, dan coklat.[2]Roti ini terkenal dalam komuniti Arab-Jawa di Indonesia,[3] terutamanya Kabupaten Pemalang, Jawa Tengah.[4]