Lempeng
Lempeng

Lempeng

Lempeng atau penkek (Bahasa Inggeris: pancake) adalah makanan jenis kek yang dimasak menggunakan bater () sebagai bahan utama di atas permukaan rata yang panas seperti kuali yang disapu lemak seperti minyak dalam mentega. Bater biasanya dibuat daripada sejenis tepung, misalnya tepung gandum atau tepung beras, yang dibancuh bersama air dan sedikit garam. Kadangkalanya telur juga dimasukkan untuk mendapatkan tekstur adunan lempeng yang lebih bagus. Bater lempeng boleh dibuat menggunakan tangan ataupun pengisar.[1]Lempeng bukan sejenis roti atau roti leper, kerana roti memerlukan adunan tepung menjadi doh. Adunan lempeng selalu dimasak diatas kuali leper.