Variasi Lempeng

Amerika

Di Amerika Utara (Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico), bater lempeng ditambah dengan serbuk penaik seperti soda bikarbonat.[2]

Eropah

Di England, ia tidak seperti lempeng Amerika, bater orang Inggeris tidak menggunakan soda bikarbonat. Lempeng di Perancis, Belgium, Switzerland, dan Portugal, berbentuk nipis dan dipanggil crêpe.

Lempeng orang Scotland, adalah hampir sama seperti lempeng Amerika, kerana ia ditambah dengan bahan penaik. Lempeng ini dipanggil Scotch pancakes, Scottish pancakesatau drop scones.

Asia

Di India, tepung beras yang direndam lama atau ditapaikan untuk ketika lama digunakan untuk memasak idli, apam atau thosai. Lempeng di Indonesia menggunakan tepung beras untuk dijadikan kuih serabi.

Di Malaysia, kebanyakkan lempeng tidak menggunakan bahan penaik seperti lempeng pisang, lempeng kelapa, lempeng manis, lempeng berlauk, lempeng sayur, dan apam balik. Lempeng-lempeng berjenis ini merupakan makanan yang amat dikenali di Malaysia khususnya pada penduduk Melayu. Ketayap, lempeng berinti kelapa manis dan digulung.

Di dunia Arab, sejenis lempeng berinti dipanggil Atayef atau ataif (kataif atau قطايف) yang disumbat dengan keju Nabulsi (sebagai krim) atau kacang badam, kacang pistacho juga digunakan.

Australia dan New Zealand

Lempeng berbentuk kecil (ukuran diantara 75mm diameter) dikenali sebagai pikelets, menggunakan tepung naik sendiri. Lempeng Amerika juga dimakan dirantau ini.

Afrika

Orang di Kenya, memakan lempeng jenis Inggeris dan Crêpe. Di Afrika Selatan, dipanggil pannekoek.