Thosai
Thosai

Thosai

Thosai atau tosai (daripada bahasa Tamil: தோசை dōsai, dikenali di beberapa kawasan di India sebagai dosa) ialah sejenis makanan seakan lempeng dari India yang dibuat dengan menggunakan adunan yang ditapai beberapa lama. Thosai merupakan hidangan tradisi kaum India dan di sesetengah negeri di India, thosai merupakan makanan ruji penduduk tempatan. Lazimnya, thosai dihidangkan untuk sarapan bersama dengan aneka jenis kuah (sebagai perasa sampingan); sebagai contoh kuah dal, kari ayam atau kari ikan, serta cutni iaitu sejenis kuah pekat yang diperbuat daripada campuran kelapa yang dikisar serta perencah rempah dan cili. Thosai adalah sejenis serabai yang mempunyai rasa masam dan ranggup. Ianya diperbuat daripada beras dan kacang dal hitam (urad dhal) dan boleh juga ditambahkan dengan rempah-ratus untuk menambahkan rasa. Thosai adalah makanan yang juga dikenali dan boleh didapati di negara-negara lain seperti Malaysia, Sri Lanka, Singapura, dan Myanmar.

Thosai

Variasi masala dosa, rava dosa, onion dosa, neer dosa
Nama alternatif Dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai,
Kawasan Tamil Nadu, Karnataka, Andhra Pradesh, Kerala,
Bahan utama tepung beras dan kacang urad
Tempat asal India