Sejarah Kampung_Titingan

Kampung Titingan merupakan antara kampung terawal yang didirikan di Tawau.[10][11] Kampung ini turut dipanggil Kampung Ice-Box kerana pada 1970-an, banyak peti sejuk yang sudah tidak berfungsi diletakkan di tepi jalan berhampiran dengan sebuah kilang ais dalam kawasan kampung ini.[12] Selain itu, terdapat juga sebuah peti sejuk besar di kilang tersebut untuk memproses dan membuat ais batu. Nama "Titingan" diambil sempena nama seorang pemimpin di Sabah iaitu Datuk Abu Bakar Titingan, yang dilahirkan di kampung ini. Abu Bakar Titingan antara orang yang mempertahankan kampung ini daripada dihapuskan. Anaknya, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan kini merupakan wakil rakyat bagi kampung ini yang terletak di kawasan P190 Apas.[13]

Pada tahun 1980-an, daerah Tawau mengalami pembangunan pertanian yang pesat, lantas ramai belia dari kampung ini telah meninggalkan kampung ini untuk bekerja di ladang-ladang.[12] Pendatang asing pula datang ke Kampung Titingan dan membuat rumah di kawasan-kawasan kosong. Keluasan kampung ini semakin meningkat sehingga menjadi antara kawasan setinggan yang paling terkenal di Sabah pada tahun 1990-an.[12]

Kebakaran

Telah banyak kebakaran yang telah berlaku di Kampung Titingan dan dua daripadanya ialah kebakaran besar. Pada 4 September 1989, 1,060 buah rumah musnah dan 5,766 orang penduduk hilang tempat tinggal dalam sebuah kebakaran yang terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah Sabah.[14] Sedekad selepas itu, sebuah lagi kebakaran besar telah berlaku pada tahun 1999 telah mendapat liputan daripada saluran-saluran televisyen di Malaysia. Dalam kebakaran tersebut, sebanyak 1,000 orang penduduk hilang tempat tinggal.[15] Pada bulan 31 Januari 2011, sebuah kebakaran berlaku di Blok 6 kampung ini yang melibatkan 50 buah rumah dan 300 orang penduduk.[16][17] Kawasan kebakaran terbabit telah menjadi kawasan larangan untuk mendirikan rumah.[18] Namun pada penggal kedua 2011, penduduk mendapat kebenaran mendirikan semula rumah dengan pembiayaan sendiri di atas kawasan bekas kebakaran dalam susunan yang lebih teratur.[19] Pada 8 Mac tahun yang sama, sebuah lagi kebakaran berlaku di Blok 9 yang melibatkan lebih 500 penduduk serta kira-kira 50 buah rumah telah musnah.[20] Tiada kemalangan jiwa di dalam kebakaran tersebut.

Pada 15 Januari 2012, sebuah kebakaran maut telah berlaku di kampung ini yang mengakibatkan kematian dua beradik, masing-masing berusia 19 dan 6 tahun. Kebakaran yang memusnahkan tujuh buah rumah ini menyebabkan 74 orang daripada 23 keluarga tinggal sehelai sepinggang.[21]

TarikhBilangan rumah musnahMangsa (orang)Kematian (orang)
4 September 19891,060[14]5,766N/A
2 Ogos 1999N/A1,000[15]N/A
20 September 201051[22]365N/A
31 Januari 201150[16]300N/A
8 Mac 201150[20], 60[23]500N/A
15 Januari 20127[21]742
23 Januari 20136[24]N/AN/A

Perobohan

Pada bulan Februari tahun 2002, kerajaan Sabah telah melakukan operasi merobohkan rumah-rumah milik penduduk kampung yang didirikan di atas tanah kerajaan di kawasan Kampung Titingan Pasir dalam Operasi Nyah II Bersepadu.[25][12] Berikutan dengan ini, kebanyakan pendatang tanpa izin yang kehilangan rumah telah berpindah ke tempat lain dan lantas kegiatan gengsterisme berkurang. Walau bagaimanapun, kegiatan jenayah seperti perniagaan syabu (dikenali oleh penduduk setempat sebagai batu), perjudian haram (terutama sekali permainan judi serupa toto iaitu wahui), kecurian dan sebagainya masih berlaku. Sebuah kawasan perumahan pangsa telah dibina di atas tapak kawasan yang dirobohkan dan diberi nama Sri Titingan.

Pada 6 November 2013, Majlis Perbandaran Tawau mula menjalankan Operasi Roboh di mana 44 buah rumah di sekitar Tawau akan dirobohkan, 11 daripadanya ialah rumah-rumah di Kampung Titingan.[26]

Rujukan

WikiPedia: Kampung_Titingan http://bandartitingan.com/v1/?page_id=113 http://kklw.bernama.com/news.php?id=484611 http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.... http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.... http://www.bernama.com/bernama/state_news/news.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id... http://borneoinsider.com/2013/11/16/polis-gagal-ba... http://www.dunapas.com/2008/09/masjid-babul-khair-... http://www.dunapas.com/2009/11/hayati-konsep-1mala... http://www.dunapas.com/2010/03/kg-titingan-bakal-m...