Kampung_Titingan
Kampung_Titingan

Kampung_Titingan

Kampung Titingan (Tulisan Jawi: كامڤوڠ تيتيڠن) ialah sebuah kampung yang terletak di Tawau, Sabah. Kampung ini turut dikenali sebagai Kampung Ice Box atau Ice Box sahaja. Oleh kerana keluasannya serta populasi yang ramai di samping kebanyakan tanah di kampung ini ialah milik tanah kerajaan, kampung ini turut dilabelkan sebagai sebuah setinggan,[3][4] malah merupakan antara setinggan yang paling terkenal dan terbesar di Tawau.[5][6] Jumlah pendatang asing tanpa izin di kampung ini adalah ramai, kebanyakannya berasal dari Filipina[7] dan ada juga yang berasal dari Indonesia. Perkara ini menjadi salah satu faktor kes jenayah serta kegiatan gangsterisme dari kampung ini adalah tinggi.[8] Kampung ini juga pernah dilabel sebagai salah satu kawasan hitam di Tawau.[8]Pada 7 Mac 2010, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengumumkan bahawa kampung ini akan diubah wajah menjadi sebuah bandar dan akan dikenali sebagai Bandar Baru Titingan.[9]

Kampung_Titingan

Daerah Tawau
• Pecahan menurut jantina % lelaki dan % perempuan
• Musim panas (DST) GMT
• Ketua Kampung Mahamod bin Sakti[1]
Zon waktu GMT
Kod kawasan 089
Negeri Sabah
• Celik huruf ( lelaki, perempuan)
Negara Malaysia
Poskod
91000
• Jenis Raja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
Kampung Kampung Titingan
• Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
• Jumlah 21,000
• Yang di-Pertuan Agong Sultan Pahang VI
• Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Rujukan

WikiPedia: Kampung_Titingan http://bandartitingan.com/v1/?page_id=113 http://kklw.bernama.com/news.php?id=484611 http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.... http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.... http://www.bernama.com/bernama/state_news/news.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id... http://borneoinsider.com/2013/11/16/polis-gagal-ba... http://www.dunapas.com/2008/09/masjid-babul-khair-... http://www.dunapas.com/2009/11/hayati-konsep-1mala... http://www.dunapas.com/2010/03/kg-titingan-bakal-m...