Pencemaran Kampung_Titingan

Selain kegiatan jenayah, masalah pendatang haram dan gangsterisme, kampung ini turut membawa kepada pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran laut serta sungai. Kampung Titingan ialah sebuah kampung di atas air, atau di terletak di tepi laut.[32] Oleh kerana ia merupakan setinggan, Majlis Perbandaran Tawau (MPT) tidak menyediakan sebarang perkhidmatan pemungutan sampah. Penduduk kampung pula mengambil langkah mudah iaitu dengan membuang sampah ke sungai serta laut. Akibatnya kawasan tepi laut di kampung ini dipenuhi dengan sampah sarap. Perbuatan ini ialah satu kerugian kerana pantai di kampung ini ialah sebuah pantai yang cantik pada tahun 1970-an serta 1980-an.

  • Pencemaran yang berlaku di Kampung Titingan pada tahun 1999.
  • Keadaan pantai Kampung Titingan pada tahun 2012.

Rujukan

WikiPedia: Kampung_Titingan http://bandartitingan.com/v1/?page_id=113 http://kklw.bernama.com/news.php?id=484611 http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.... http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.... http://www.bernama.com/bernama/state_news/news.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id... http://borneoinsider.com/2013/11/16/polis-gagal-ba... http://www.dunapas.com/2008/09/masjid-babul-khair-... http://www.dunapas.com/2009/11/hayati-konsep-1mala... http://www.dunapas.com/2010/03/kg-titingan-bakal-m...