Kangar
Kangar

Kangar

Kangar merupakan ibu negeri Perlis, Malaysia serta bandar utara negara. Ia mempunyai jumlah penduduk seramai 48,898 orang (2004). Kangar terletak di titik paling utara di Semenanjung Malaysia, barat laut Alor Setar, berhampiran dengan sempadan negara Thailand dan terdapat di sepanjang Sungai Perlis. Kawasan pusat bandar di Kangar ialah Mukim Sena, yang menerima nama julukan sebagai "Uptown Sena". Ahli parlimen Kangar ialah Y.B. Shaharuddin Ismail, daripada parti UMNO.[1]Bandar Kangar juga terletak di antara bandar Alor Setar dan Padang Besar, bandar sempadan Malaysia dan Thailand. Hari-hari persekolahan dan pentadbiran kerajaan Kangar, Perlis mengikut negeri Pulau Pinang dan Perak iaitu setiap hari Isnin hingga Jumaat bukan mengikut Kedah dan Johor yang beroperasi lain dan istimewa iaitu pada setiap Ahad hingga Khamis. Hospital Tuanku Fauziah (HTF) juga terletak di bandar ini.Kereta api ETS juga melalui kawasan Kangar dan Arau di utara Malaysia dan banyak membantu masyarakat Kangar dan Arau. Perjalanan ke Alor Setar, Pulau Pinang dan Padang Besar ataupun Haadyai dari Arau mengambil masa lebih kurang 1 jam melalui kereta api berkelajuan pantas dengan kelajuan 140-180km/j. Dengan 4 jam 30 minit juga, kereta api laju ini mampu tiba di Kuala Lumpur, Selangor, dan Seremban iaitu bandar dan negeri terakhir lintasan kereta api laju Malaysia ini.[perlu rujukan]Radio FM yang tersiar di Kangar mengikut Alor Setar dan Pulau Pinang. IPG Kampus Perlis turut terletak dekat Kangar.

Kangar

• Bahasa Mandarin 加央
• Musim panas (DST) Tiada
• Jawi كاڠر
Penubuhan Lama 1897 - 1956 , Baru 1962 - Kini
Zon waktu UTC+8 (MST)
Negeri  Perlis
• Bahasa Tamil கங்கார்
Negara  Malaysia
Status perbandaran 1 Januari 1980