Pembangunan Kangar

Nada atau gaya bahagian ini mungkin tidak mencerminkan nada ensiklopedia yang digunakan di Wikipedia. Lihat panduan penulisan yang lebih baik untuk cadangan. (September 2018) (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini)

Kangar berubah wajah dari setahun ke setahun dengan pembangunan yang pesat dan terbinanya bangunan-bangunan baru menggantikan bangunan-bangunan lama. Di samping pembangunan yang pesat ini, bangunan-bangunan lama dan bersejarah turut dipelihara sebagai mercu tanda Bandar Kangar. Bangunan lama yang menjadi mercu tanda Bandar Kangar ialah Bangunan Jam Besar yang kini menjadi Bangunan Pejabat Menteri Besar. Selain itu, bangunan-bangunan lain seperti Balai Polis Trafik Kangar, Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Masjid Alwi, Sekolah Menengah Agama Perempuan Kangar deretan kedai di sepanjang Persiaran Jubli Emas dan Hokkien.

Bangunan-bangunan ini berdiri dengan megahnya di tengah-tengah Bandar Kangar yang dikelilingi oleh bangunan-bangunan baru yang dibina seperti Kayangan Square, Medan Kangar, dan Medan Kangar Ria. Sebelum Medan Kangar dibina, tapak tersebut merupakan tapak Sekolah Menengah (Cina) Kangar, berek polis, dan stesen bas. Pejabat Majlis Perbandaran Kangar juga terletak di tengah-tengah Bandar Kangar.

Nama-nama jalan yang terdapat di Kangar juga diberi sempena peristiwa bersejarah seperti Jalan Penjara, Jalan Barrack, Jalan Home-Guard, dan Jalan Kelab Indera Kayangan. Walaupun penjara yang terdapat telah pun dipindahkan, tetapi nama tersebut masih dikekalkan.