Kebangkitan Kantata

Dengan kebangkitan aria de kapo, kantata menjadi resitatif yang digabungkan di dalam kumpulan 2 atau 3 aria. Penggubah George Frideric Handel, menghimpunkan banyak gabungan penyanyi duet atau trio Itali untuk persembahan muzikal beliau yang menjadi satu contoh kantata dalam muzik berskala besar. Motet Latin beliau untuk aria Silete Venti dinyanyikan oleh seorang soprano diiringi oleh kumpulan koir gereja yang besar menunjukkan contoh bentuk kantata di dalam muzik gereja.

Penggubahan muzik kantata, kebiasaan menggunakan teks suci mengandungi resitatif, aria dan koir. Dari masa mula kewujudannya pada awal abad ke-17 di Itali, dua jenis kantata iaitu ayat-ayat biasa dan ayat-ayat berunsur agama ditulis. Kantata yang paling awal biasanya hanyalah untuk nyanyian solo dengan mainan alat muzik yang minimal. Kantata kemudiannya berkembang menjadi watak-watak dalam drama dan sebagai sampingan kepada resitatif dan aria, digabung bersama pembentukan opera yang kemudiannya menjadi opera tanpa pementasan drama. Di negara Jerman, kantata Lutheran berkembang kepada motet koir dan selalunya di dalam bentuk koir yang besar. Satu persembahan koir (hymn) kebiasaannya membentuk asas kepada keseluruhan kantata termasuk nyanyian duet, resitatif dan koir berbilang suara. Kantata yang paling dihargai ditulis oleh Johann Sebastian Bach, biasanya dimulakan oleh kumpulan koir, diikuti oleh resitatif, nyanyian aria oleh penyanyi-penyanyi solo dan diakhiri oleh koir berharmoni lengkap. Selepas 1750, seni kantata mula berkurangan. [1]