Karl_Witzell

Karl Witzell (18 Oktober 1884, Hiersfeld berhampiran Wesel – 31 Mei 1976, Berlin) adalah seorang Laksamana Jerman dalam Kriegsmarine dan merupakan Chef der Marinewaffenhauptamt ("Panglima Markas Persenjataan Tentera Laut") dari November 1939 hingga Ogos 1942 semasa Perang Dunia II. Beliau bersara dari perkhidmatan tentera pada 30 September 1942 dan kemudian dilantik ke dewan presiden Reichsforschungsrat ("Majlis Penyelidikan Reich") dan telah dianugerahkan pingat Knight Cross of the War Merit Cross pada 5 Oktober 1942 "sebagai pengiktirafan kepada perkhidmatannya yang hebat untuk pembangunan senjata dan persenjataan Jerman Reich".Walaupun beliau bersara dari kerjaya tentera, beliau telah ditahan sebagai tawanan perang Rusia pada 1945 dan di hukum penjara di Kesatuan Soviet kerana jenayah perang. Hanya pada bulan Oktober 1955 barulah beliau dibebaskan.Sekembalinya ke Jerman Barat beliau menjadi ahli pengasas Arbeitsgemeinschaft für Wehrtechnik ("Persatuan Teknologi Pertahanan").

Karl_Witzell

Pangkat Generaladmiral
Anugerah Knight Cross of the War Merit Cross
Tugas lain Deutsche Gesellschaft für Wehrtechnik
Tahun perkhidmatan 1902–42
Unit SMS Elbing
SMS Frankfurt
SMS Graudenz
SMS Schleswig-Holstein
SMS Braunschweig
Kesetiaan  Empayar Jerman (hingga 1918)
 Republik Weimar (hingga 1933)
 Jerman Nazi
Pertempuran Perang Dunia I
Perang Dunia II
Meninggal dunia 31 Mei 1976(1976-05-31) (umur 91)
Berlin Barat
Kelahiran (1884-10-18)18 Oktober 1884
Hiersfeld berhampiran Wesel, Provinsi Rhine
Perkhidmatan  Kaiserliche Marine
 Reichsmarine
 Kriegsmarine