Karsinoma_sel_skuamus

Karsinoma sel skuamus (Squamous cell carcinoma, SCC atau SqCC) merupakan kanser yang berpunca daripada sel skuamus kulit.[1] Ia merupakan salah satu jenis utama kanser kulit. Kanser yang melibatkan dubur, serviks, kepala, leher dan faraj rata-ratanya kanser sel skuamus.[1] Ia juga melanda esofagus, pundi kencing, prostat dan paru-paru.Kekerapan terdedah kepada matahari terik yang terus-menerus tanpa perlindungan topikal yang mencukupi juga meningkatkan risiko.[2] Biarpun SCC tetap sama namanya tetapi lain anggota lainlah gejala, sejarah semula jadi, prognosis dan tindak balas kepada rawatan.SCC biasanya berlaku pada umur 50-an tetapi paling umum berlaku pada umur 70-an tahun. Dua kali kerap pada lelaki berbanding wanita. Yang berkulit gelap kurang risiko menghidap daripada yang berkulit cerah. Yang paling berisiko tinggi adalah yang berkulit cerah, berambut cerah dan bermata cerah.