Karier Kate_Mara

Televisyen dan pentas

Peranan televisyen pertama Mara adalah dalam drama NBC, Law & Order pada tahun 1997. Beliau kemudiannya membuat penampilan dalam beberapa siri televisyen termasuk Madigan Men, Ed dan Law & Order: Special Victims Unit. Mara mendapat dua peranan berulang pada tahun 2003, sebagai Kate dalam Everwood dan sebagai Vanessa dalam Nip/Tuck.[5] Mara juga muncul dalam Cold Case, Boston Public, CSI: Miami dan CSI: Crime Scene Investigation pada tahun yang sama.

Mara di Festival Filem Sundance 2008

Mara telah dipilih sebagai watak utama dalam siri WB 2004, Prodigy.[6] Beliau mempunyai peranan berulang dalam siri WB, Jack & Bobby pada tahun 2005 dan siri TV Fox, 24 pada ahun 2006, melakonkan watak Shari Rothenberg. Mara menyertai barisan pelakon drama komedi HBO, Entourage untuk musim keenam siri itu pada tahun 2009. Beliau melakonkan watak Brittany.[7] Mara menjalani penggambaran empat episod siri itu pada tahun 2009.[8] Pada tahun 2011, beliau membuat penampilan dalam siri seram FX, American Horror Story sebagai Hayden McClaine. Mara ditawarkan peranan itu oleh Ryan Murphy, bekas penerbitnya dalam Nip/Tuck.[9]

Pada tahun 2012, Mara menyertai barisan pelakon House of Cards sebagai Zoe Barnes.[10] Beliau menjalani penggambaran musim kedua siri itu, yang ditayangkan pada Februari 14, 2014. Pada Julai 10, 2014, beliau dicalonkan Anugerah Primetime Emmy untuk Pelakon Wanita Sokongan Cemerlang dalam Drama Bersiri.

Beliau membuat penampilan pentas pertamanya pada tahun 2003 di Festival Teater Williamstown dalam Landscape of the Body bersama Lili Taylor.[11] Mara membintangi The Alice Complex, sebuah produksi pentas oleh Peter Barr Nickowitz di Dixon Place, Bandar Raya New York pada tahun 2005 dan di Teater Blank di Los Angeles pada tahun 2006. Produksi itu juga dibintangi Harriet Harris.[12]

Filem

Penampilan filem pertama Mara adalah dalam Random Hearts bersama Harrison Ford pada tahun 1999, diarahkan oleh Sydney Pollack. Beliau melakonkan watak Jessica Chandler. Beliau seterusnya muncul dalam Joe the King (1999) dan Tadpole (2002) bersama Sigourney Weaver. Mara membintangi Peoples (2004), sebuah drama yang menjalani penggambaran di Louisville, Kentucky. Beliau membintangi filem seram, Urban Legends: Bloody Mary dan muncul bersama Noah Wyle dan Illeana Douglas dalam filem 2005, The Californians. Peranan sokongannya sebagai anak perempuan kepada karakter Heath Ledger dalam Brokeback Mountain pada tahun itu mendapatkannya pujian meluas.

Beliau muncul dalam Zoom sebagai Summer Jones (aka Wonder). Beliau kemudiannya muncul dalam We Are Marshall, dibintangi Matthew McConaughey. Mara melakonkan watak Annie Cantrell. Pada tahun 2007, beliau muncul dalam filem komedi, Full of It bersama Ryan Pinkston. Beliau muncul dalam Shooter, sebuah filem genre dibintangi oleh Mark Wahlberg.[13]

Mara di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2008

Pada tahun 2007, beliau menghabiskan kerjanya untuk filem Transsiberian oleh Brad Anderson. Beliau menghabiskan tiga bulan menjalani penggambaran filem ini di Vilnius, Lithuania bermula bulan Disember 2006. Filem ini juga menjalani penggambaran di Beijing dan Rusia.[14]

Mara membintangi filem 2008, Stone of Destiny, ditulis dan diarahkan oleh Charles Martin Smith sebagai Kay Matheson. Film ini juga dibintangi Billy Boyd, Robert Carlyle dan Charlie Cox.[15] Penggambaran bermula pada bulan Jun 2007 di Glasgow.[16] Pada bulan Disember 2008, Mara muncul dalam T Takes: Brooklyn 09, diarahkan oleh Brody Baker.[17] Beliau membintangi The Open Road sebagai Lucy.[18]

Pada tahun 2009, Mara menjalani penggambaran filem komedi, Peep World, dibintangi Michael C. Hall, Sarah Silverman dan Rainn Wilson,[19] dan menyertai barisan pelakon Iron Man 2, membuat penampilan kameo sebagai Marshal A.S.[20] Mara menjalani penggambaran filem romantik komedi happythankyoumoreplease di Bandar Raya New York pada bulan Julai 2009. Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Josh Radnor (How I Met Your Mother).[8] Pada tahun 2010, Mara melakonkan watak Kristi Moore dalam 127 Hours.[21]

Mara muncul dalam Ironclad (2011).[22] Mara muncul dalam filem pendek, Ten Year, diterbitkan oleh Channing Tatum.[23] Mara kemudiannya membintangi versi penuh filem ini.[24] Pada tahun 2012, Mara membintangi filem thriller, Deadfall bersama Eric Bana dan Olivia Wilde.[25][26] Pada tahun 2013, Mara membintangi video Broken Bells untuk lagu Holding On For Life. Mara muncul dalam Transcendence (2014), dibintangi Johnny Depp dan diarahkan oleh Wally Pfister.[27]

Pada tahun 2015, beliau melakonkan watak Invisible Woman dalam Fantastic Four.[28] Pada tahun yang sama, beliau juga mempunyai peranan sokongan sebagai angkasawan, Johanssen dalam filem yang diarahkan oleh Ridley Scott, The Martian.

Rujukan

WikiPedia: Kate_Mara http://www.afterellen.com/archive/ellen/TV/nip-tuc... http://broadwayworld.com/viewcolumn.cfm?colid=3016... http://www.deadline.com/2010/10/jamie-linden-and-c... http://www.deadline.com/2012/02/jennifer-finnigan-... http://www.eonline.com/news/574738/kate-mara-and-m... http://www.hollywoodreporter.com/news/eric-bana-ol... http://www.imdb.com/name/nm0544718/ http://www.imdb.com/name/nm1913734/bio http://latimesblogs.latimes.com/gossip/2011/12/kat... http://modernluxury.com/manhattan/story/lady-luck