Penemuan Katipunan

Katipunan akhirnya ditemui oleh pihak berkuasa Sepanyol pada awal bulan Ogos tahun 1896 di mana dua Katipunero, iaitu Teodoro Patiño dan Apolonio de la Cruz, yang bekerja untuk percetakan Diario de Manila terbabit dalam pertelingkahan mengenai gaji merela.[9] De la Cruz dan Patiño bertelingkah atas kenaikan gaji mereka sebanyak dua peso, dan De la Cruz cuba menyalahkan Patiño atas kehilangan bekalan percetakan yang digunakan untuk akhbar Kalayaan. Sebagai tindakan terhadap de la Cruz, Patiño mendedahkan rahsia persatuan tersebut kepada adiknya, Honoria Patiño, seorang biarawati di Rumah Anak Yatim Mandaluyong. Pada petang 19 Ogos 1896, Honoria begitu terkejut dan sangat marah apabila mendapat tahu penemuan ini. Ibu penjaga Rumah Anak-anak Yatim Tersebut, Sor Teresa de Jesus melihat Honoria menangis lalu mendekatinya, dan Honoria memberitahunya segala apa yang dia dengar dari abangnya. Pada sekitar pukul 6:15 hari itu, Sor Teresa memanggil Teodoro Patiño dan menyarankannya dia untuk memberitahu segala pengetahuannya mengenai Katipunan melalui satu pengakuan kepada Paderi Mariano Gíl.