Khasiat Katsuobushi

Katsuobushi, terutamanya dalam bentuk karebushi (枯節), kaya dengan vitamin B kompleks dan banyak mengandungi inosina dan unsur umami - rasa "lazat" tambahan selain empat rasa utama yang umum: manis, masam, masin, dan pahit - sehingga selalu digunakan di Jepun sebagai bahan dapur atau penyedap.

Bahan ini juga mengandungi sejenis mikotoksin iaitu asid beta-nitropropionik, yang turut dijumpai dalam produk tapaian lain seperti miso dan kicap. Strain tertentu spesies kulat penapai A. glaucus juga menghasilkan mikotyoksin mereka tersendiri.[1]